Kenapa Chow Kon Yeow?? Kenapa Bukan Rashid Hasnon Atau P. Ramasamy??

 

10a-copy-1

Hairan jugak Gomez, kenapa kedua-dua Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon dan P. Ramasamy tidak dipilih untuk menjadi calon Ketua Menteri Pulau Pinang bagi menggantikan Lim Guan Eng jika dia dipenjarakan nanti??

Kenapa harus Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang akan menggantikan tempat Guan Eng selaku Ketua Menteri setelah dia melepaskan jawatan tersebut?? Kenapa tidak timbalannya yang ambil tugas Guan Eng tu?

Kalau Guan Eng tidak pilih Rashid… Masih boleh diterima akal kerana Rashid adalah ahli Parti keadilan Rakyat (PKR). Tapi apa yang peliknya kenapa Guan Eng tak pilih Ramasamy, sedangkan dia adalah ahli DAP??

Adakah Guan Eng memilih Chow kerana dia tidak percayakan Ramasamy?? Atau mungkin Guan Eng pilih Chow sebab dia bangsa Cina dan sebaliknya Ramasamy berbangsa India. Kalau betul la Guan Eng tidak mengamalkan perkauman, kenapa dia tak pilih je Ramasamay??

Sedangkan selama ini Ramasamy dan Rashid lah yang memangku tugasnya sebagai Ketua Menteri ketika Guan Eng berdepan siasatan pihak polis. Malah mereka jugalah yang menjalankan tugas selaku Timbalan Ketua Menteri. Tapi kenapa tiba-tiba, jawatan tu diberikan kepada Chow dengan mudahnya?

Atau mungkin selama ini Ramasamy tak layak jadi pemangku Ketua Menteri?? Tapi kalau betul la si Chow tu layak jadi Ketua Menteri kenapa tidak Chow sahaja yang jadi Timbalan Ketua Menteri??

Guan Eng harus memperjelaskan perkara tersebut… Dan jika benar Guan Eng tidak mengamalkan perkauman… Kenapa tidak Ramasamy je yang ganti tempatnya selaku Ketua Menteri. Adakah kerana Ramasamy tidak berbangsa Cina?? Atau mungkin Guan Eng nak orang Cina je yang mewarisi jawatan ‘tradisi’ dorang tu. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s