Johan As’ari Sedang Intim Bercinta Bersama Wan Sharmila

Pelakon yang terkenal menerusi drama Juvana, Johan As’ari, bukan lah satu nama yang asing lagi dalam industri hiburan seni tanah air.. Johan bukan setakat terkenal dengan dengan kerjayanya sebagai pelakon, malah pelakon ni sering menarik perhatian dengan kisah cintanya bersama beberapa artis wanita sebelum ni.

Paling menarik perhatian tu ketika Johan bercinta dengan pelakon Lana Nordin.. Johan masa tu bukan main beriya-iya mengumumkan yang dia nak menjadikan Lana sebagai suri hatinya, tapi tup-tup tak jadi pulak.. Sampaikan Lana pun membawa diri dan berkahwin dengan orang lain..

Setelah sekian lama menyepi dengan kontroversi kisah cintanya.. Terbaru, Miss dengar Johan dikatakan sedang intim bersama pelakon Wan Sharmila lah pulak u’olls.. Kononnya dorang rapat ketika bergandingan bersama menerusi drama ‘Jejak Karmila’ yang kini masih lagi dalam penggambaran..

Berdasarkan sumber yang Miss dapat, Johan dan Wan Sharmila dikatakan kerap keluar bersama.. Apa yang menarik lagi tu u’olls, keluarga Johan pun dah mengenali Wan Sharmila.. Kononnya nak kenal dengan lebih rapat lah..

Miss ingatkan Johan nak mencari calon isteri yang bertudung selepas melihat penghijrahannya sebelum ni.. Tapi tak kisah lah siapa calon dia pun, Miss harap Johan betul-betul serius lah bila bercinta dengan seseorang tu.. Jangan lah dia memberi harapan palsu seperti yang pernah dia lakukan terhadap bekas-bekas kekasihnya sebelum ni yer!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s