Ibu Bapa Sekarang Terlalu Manjakan Anak-Anak

Tak boleh nak ‘jentik’ langsung pelajar sekolah sekarang ni.. ‘Jentik’ sikit mulalah ibu bapa nak ‘marah’ cikgu.. Korang dulu-dulu tak pernah pergi sekolah ke? Cikgu yang dulu, bukanlah cikgu yang sekarang.. Dulu cikgu garang gila, salah sikit mesti kena rotan..

Pelajar pun bila kena rotan dengan cikgu, balik tak adanya nak mengadu dengan mak bapa.. Kalau balik mengadu kena rotan, bapa pula tambah rotan kat rumah sebab dah buat salah..

Tapi, itu hanya tinggal ‘kenangan’, mak bapa sekarang terlalu manjakan anak.. Baru-baru ini, viral di media sosial ibu bapa mengamuk dengan tindakan pengetua sebuah sekolah sebab denda pelajar yang datang lewat duduk di atas jalan tar..

Ada antara ibu bapa marah dan anggap tindakan sekolah itu sangat keras dan kasar.. Sepatutnya pengetua harus beri amaran dulu bukan terus denda pelajar datang lewat..

Disebabkan itu, netizen tampil mengkritik sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu ‘manjakan’ anak-anak.. Sampaikan denda pelajar untuk duduk atas jalan pun dah mengamuk..

Duduk kat jalan je pun bukan cikgu buat apa kat pelajar tu.. Denda untuk dijadikan pengajaran di kemudian hari supaya tak datang lewat lagi.. Macam ni baru pelajar akan lebih berdispilin.. – MissA/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s