Hanya Mahfuz Ahli PAS Yang Tolak Bajet 2017

4a-copy

Hanya Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sahaja yang pelik dan ganjil dalam parti Islam PAS… Nama je ahli PAS tapi perangai dan tingkah laku langsung tak menjerumus kearah parti Islam itu. Dengar kata ramai yang dah meluat dekat Mahfuz ni, kenapa ye??

Semuanya berpunca apabila Mahfuz kini sudah lekat macam belangkas dengan parti pembangkang yang lain… Paling tak boleh diterima oleh PAS adalah apabila Mahfuz kini dah jadi khadam DAP dan parti cap bunga, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Padahal dia tu masih lagi ahli PAS!

Perangai Mahfuz semakin menjadi-jadi kali ini, apabila dia menjadi satu-satunya ahli PAS yang mengundi untuk menolak Bajet 2017 bersama-sama dengan wakil rakyat pembangkang yang lain. Tindakan tersebut jelas menidakkan pendirian PAS yang tidak mahu mengundi.

Macam-macam hal dengan Mahfuz sorang ni… Sebelum ni Mahfuz menjadi satu-satunya ahli PAS yang mengekori tindakan ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN), PPBM dan DAP yang keluar dari Dewan Parlimen ketika Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan bajet pada 21 Oktober lalu.

Tindakan Mahfuz yang mengundi untuk menolak Bajet 2017 jelas menunjukan bahawa dia juga menolak peruntukan untuk sekolah Tahfiz, bantuan untuk rakyat dan peruntukan untuk pembangunan.

Patutnya kalau Mahfuz ni dah kemaruk sangat nak ikut jejak langkah puak pembangkang yang lain… Apa kata dia berambus je dari PAS. Kalau ada dalam PAS pun buat busuk parti je… Kenapa tak ikut je jejak langkah ahli PAN tu?? – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s