Giliran Ogy Ahmad Daud Diserang Peminat Elly Mazlein Di Instagram

Tak cukup dengan Datuk Ramli Ms yang mencetuskan kepanasan dengan memberi komen pedas terhadap Elly Mazlein pada minggu keempat konsert Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), hingga menyebabkan Elly membuat keputusan untuk menarik diri daripada program realiti tersebut..

Kini pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai kak Ogy pulak bikin panas, bila memberi komen pedas terhadap Elly.. Pelakon yang popular menerusi filem ‘Ali Setan’ ini kononnya merasakan Elly memang patut keluar daripada program realiti tersebut..

Kak Ogy merasakan, Elly hanya menarik perhatian ramai dengan ‘drama’ kehidupan yang di laluinya.. Bukannya dari segi persembahan yang ditonjolkan Elly dalam program realiti tersebut..

Gara-gara komen pedas yang dilemparkan Kak Ogy itu, kini akaun Instagramnya telah diserang netizen.. Ramai yang menganggap komen yang dilemparkannya terhadap Elly, lebih kurang macam komen Datuk Ramli Ms.. Komen tak beradab dan keterlaluan!

Pada mulanya, Kak Ogy memuat naik status memuji peserta Gegar Vaganza yang lain kerana persembahan yang mantop dan gempak.. Tapi entah macam mana dia boleh petik nama Elly dan jadi ‘bahan’ kritikannya.. Bila Kak Ogy bikin panas macam tu, netizen pun apalagi.., pakat kritik Kak Ogy balik lah..

Miss tengok komen-komen kritikan yang dilemparkan terhadap Kak Ogy memang pedas habis lah.. Memang padan Kak Ogy kena macam tu! Dia fikir dia jer yang boleh komen pedas terhadap orang lain, kononnya berasa yang dia professional sangat..

Tahu lah dia sering jadi juri program realiti macam ni, tapi agak-agak lah nak komen pun.. Orang lain pun ada perasaan jugak! Bukannya ikut suka hati jer nak bantai orang lain dengan komen-komen pedas yang macam tu.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s