DAP Atau BN Yang Menjadi Penyebab Kepada Perpecahan PAS??

dap-atau-bn

Nampaknya masih ramai pemimpin PAS yang nyanyuk dan tidak pasti mengenai perpecahan yang berlaku kepada parti mereka selama ini. Sebelum ini mereka sebulat suara menuduh DAP yang menjadi dalang disebalik perpecahan parti Islam, selepas itu muncul pula parti serpihan PAN yang juga menyumbang kepada perpecahan parti islam tersebut.

PAS telah menuduh DAP yang menjadi punca kepada pembubaran Pakatan Rakyat sebelum ini.. Permusuhan ini juga dikatakan meretakkan hubungan PAS bersama rakan pembangkang yang lain, sekaligus mencetuskan masalah dalaman kepada parti mereka sehingga kini.

Namun setelah semua tuduhan dilemparkan kepada DAP, kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tun Ibrahim Tuan Man bercanggah daripada sebelumnya. Sekarang beliau mahu menuduh UMNO pula yang menjadi punca sebenar PAS berpecah. Kononnya kaedah politik yang digunakan BN mewujudkan dua aliran pemikiran di dalam PAS.

Janji manis pemimpin UMNO memberi laluan untuk ahli parlimen Marang mengemukakan cadangan pindaan Akta 355 serta pengiktirafan tokoh dari kepimpinan PAS adalah sebahagian daripada puncanya. PAS seolah-olah mahu mempertikaikan peluang yang telah diberikan kerajaan untuk mengemukakan cadangan mereka di parlimen.

Sepatutnya ahli PAS bersyukur kerana mereka diberikan kesempatan untuk membentangkannya di Parlimen setelah menunggu sekian lama. Tuduhan memilih calon daripada PAS tidak perlu dipolitikkan kerana anugerah ini bebas diberikan kepada sesiapa sahaja yang layak, termasuk Mursyidul Am Datuk Haron Din.

Kononnya PAS mengamalkan politik aman dan sejahtera. Perkara seperti ini tidak harus digunakan untuk menyalahkan UMNO setelah mereka dilayan dengan baik. Sekiranya PAS mahu menuduh UMNO menjadi dalang kemusnahan parti itu, ia tidak pelik kerana selama ini BN adalah musuh kepada PAS.

Boleh jadi untuk berbaik dengan DAP semula pada PRU14, PAS menuduh BN menjadi punca perpecahan mereka. Sebaliknya ahli parti mereka sendiri yang menjadi pengkhianat besar untuk menubuhkan parti serpihan dan bersekongkol bersama DAP untuk menguburkan PAS pada pilihan raya yang akan datang. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s