Budak 3 Tahun Didera Bapa Kandung

Baru-baru ini, memang banyak kes pasal kanak-kanak kecil telah didera oleh orang terdekat.. Beberapa hari lepas, viral di media sosial seorang kanak-kanak lapan bulan teruk didera pengasuh sehingga bengkok tulang tangan..

Terkini, sorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun juga didakwa telah didera oleh bapa kandung sendiri.. Bapa kandung sendiri dera anak? Apa salah budak tu sampai sanggup nak pukul anak sendiri..

Bila perasaan marah tak dikawal, sebab itulah anak yang tak bersalah pun menjadi mangsa.. Miss A rasa kanak-kanak 3 tahun bukan banyak kerenah, makan minum semua boleh buat sendiri.. Susah sangat ke nak jaga anak sendiri sampai terpaksa naik tangan..

Kejadian ini berlaku di Johor Bharu, kanak-kanak bernama Qasha Ashari terpaksa melalui pengalaman ngeri didera oleh bapa sendiri selama seminggu.. Qasha telah diambil untuk tinggal dengan bapanya selama beberapa hari..

Ibu dan bapa Qasha telah pun bercerai dan Qasha telah dijaga oleh ibunya.. Walaupun bercerai si bapa masih lagi boleh melawat dan menjaga anaknya beberapa hari atas budi bicara pasangan itu..

Tapi, lain pulak yang Qasha perlu lalui bila seminggu bersama bapanya.. Bukan mendapat kasih sayang sebab dah lama tak rasa kasih sayang seorang ayah, tapi bapak pula pukul anak..

Harap bapak adik ni masuk lokap dan kena belasah dengan banduan dalam penjara tu.. Baru dia tau macam mana sakit yang anak dia rasa bila kena pukul.. Qasha telah mengalami lebam di bahagian mata, luka di batang hidung dan darah beku di telinga kiri.. – MissA/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s