Anina Tuduh Zaman Najib Adalah Zaman Mencuri Dan Merompak!

1a-copy

Semakin hari semakin meroyan pulak Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin ni. Mana tidaknya, tak habis-habis nak menghentam dan mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Terbaru, Anina melalui akaun Facebooknya mendakwa bahawa dasar UMNO yang telah mampu membangunkan negara hanya ada pada zaman perdana menteri pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima sahaja.

Ini bermakna Anina memaksudkan bahawa pada zaman perdana menteri keenam iaitu pada zaman Najib, perjuangan UMNO tidak lagi sama seperti sebelumnya. Malah Anina menuduh pada zaman Najib tiada lagi dasar UMNO yang mampu membangunkan negara.

Anina ‘menyalak’ dalam posting Facebooknya dengan memfitnah bahawa kini apa yang tinggal dalam UMNO hanyalah dasar mencuri,merompak dan menyamun. Fitnah Anina semakin keterlaluan apabila menuduh dasar UMNO kini hanya sekadar mempertahankan seorang presiden.

Melalui posting Anina, srikandi parti cap bunga itu menambah, UMNO tidak lagi berpegang pada sejarah kegemilangannya… Dan kehidupan rakyat marhaen sekarang ini hanya sekadar mampu hidup dan bukannya memperoleh kesenangan.

Rakyat dikatakan derita… Graduan mengemis pekerjaan dan risiko untuk meneruskan kehidupan tinggi. Anehhh… Kalau muda-mudi derita dan tak mampu survive untuk hidup… Tapi kenapa dorang begitu ‘up to date’ dan mampu pakai iPhone 7 dan iPhone 6s??

Mampu lepak cafe hipster dan restoran mewah… Belum kawin tapi dah bawa girlfriend dan boyfriend pergi honeymoon naik cruise dan bercuti di luar negara. Hebat bukan??.

Macam tu ke korang cakap kehidupan kini mencabar dan kos sara hidup tinggi?? Gomez tengok orang muda sekarang ni bermewah tak padan dengan kedudukan dorang.. Tak bekerja tapi habiskan duit mak bapak je.

Jadi apa guna sejarah UMNO semalam… Apa guna perkataan rakyat derita kerana ‘kerakusan’ pemimpin?? Sedangkan gaya hidup mewah orang muda sekarang, langsung tidak menunjukkan bahawa mereka mengemis di bumi sendiri.

Jadi wajarkah Anina mendakwa zaman sekarang zaman merompak?? Zaman mencuri dan menyamun?? Sedangkan pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dulu, kekayaan negara dikikisnya sehingga menjadikan anak pinaknya kaya raya dan hidup bagai raja. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s