Ahli Parlimen Bayan Baru Akui Kerajaan DAP P.Pinang Tiada Duit Untuk Atasi Banjir

1-copy

Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin hari ini mengakui tak mampu untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan tersebut kerana kekurangan peruntukan wang.

Beliau kini mengharapkan bantuan dari kerajaan pusat sebanyak RM 10juta bagi mengatasi masalah banjir yang semakin teruk melanda P.Pinang, khususnya di kawasan beliau.

Didalam satu kenyataan, Sim memberitahu bahawa beliau telah berbincang dengan Pengarah Jabatan Parit dan Saliran (JPS) negeri P.Pinang mengenai isu banjir tetapi buntu kerana tiada peruntukan.

Sim juga menjelaskan bahawa beliau juga telah menemui Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng untuk berbincang mengenai isu banjir tersebut, tetapi Guan Eng mengarahkannya untuk membawa hal berkenaan kepada Chow Kon Yeow.

Amat menghairankan jika rakyat masih dimomokkan dengan kenyataan bahawa kerajaan DAP P.Pinang tidak mempunyai wang bagi menjaga kebajikan rakyat.

Sebelum ini bukankah kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng mendabik dada bahawa mereka mempunyai lebihan belanjawan tahunan sebanyak RM 574 juta?

Mengapa tidak gunakan saja duit lebihan tersebut untuk menangani isu banjir kilat yang semakin menghantui rakyat negeri ini setiap kali hujan lebat?

Adakah kerajaan negeri terlalu berkira dengan rakyat, hinggakan tak sanggup mengeluarkan wang bagi membantu rakyat yang menyokong mereka?

Senang betul pemimpin Pakatan di P.Pinang menyelesaikan masalah yang timbul. Mereka hanya perlu menyalahkan kerajaan pusat bagi menjawab soalan dari rakyat.

Jawapan yang diberikan selalunya sangat tidak munasabah tetapi mungkin jawapan yang sedemikian itulah yang diperlukan oleh penyokong taksub mereka.

Sesuailah dengan perangai penyokong Pakatan di P.Pinang yang akan percaya bulat-bulat tentang semua yang dijanjikan. Bak kata pepatah, ‘biarkan si luncai terjun dengan labu-labunyaaa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s