Syed Saddiq Dipanggil Polis Atas Dakwaan Menghina Sultan Johor

ss-sultan-johor

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal dihadapkan ke balai polis kerana kebiadapannya dan kritikan menghina terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini.

Syed Saddiq dipanggil pihak polis bagi diambil keterangan berhubung kenyataan mengkritik dan menghina melalui surat terbukanya yang ditujukan terhadap Sultan Johor. Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan terhadap Pendebat Terbaik Asia itu bakal dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Tindakan tersebut dibuat susulan daripada pihak polis menerima beberapa laporan berhubung tindakan biadap dan kurang ajarnya tersebut. Sikap Syed Saddiq tersebut sangat memalukan.

Tidak wajar bagi seorang pendebat asia yang cukup berpengalaman bertindak mengeluarkan kenyataan mengkritik sultan Johor… Hanya kerana dia baru berkecimpung dalam bidang politik.

Hanya kerana mahu menjadi budak suruhan Tun Dr Mahathir Mohamad… Syed Saddiq bertindak seperti Mahathir yang juga pernah menghina titah Sultan Johor. Syed Saddiq sebelum ini bertindak mengkritik larangan dan titah Sultan Johor yang melarang sebarang demontrasi diadakan di negeri tersebut.

Enggan turuti titah tersebut… Syed Saddiq mempertikaikan titah itu dengan mendakwa rakyat berhak untuk mengadakan demontrasi tersebut selari mengikut undang-undang walaupun dilarang keras Sultan Johor.

Korang tengok lah bagaimana hasilnya anak muda yang dididik dengan pemikiran kotor, hasutan dan pengaruh dari Mahathir. Macam ni la jadinya, bukan sahaja menghentam Perdana Menteri… Malah raja-raja dan institusi raja juga dihinanya! Hebat betul pengaruh Mahathir! – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s