Srikandi PPBM Ikut Jejak Penaja Parti ‘Melutut’ Kepada Keluarga Anwar Ibrahim

srikandi-ppbm

Baru-baru ini perjumpaan Tun Dr. Siti Hasmah dengan DS Wan Azizah telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Mana tidaknya setelah 18 tahun mereka tidak berhubung, baru sekarang terdetik di hati Tun Dr. Siti Hasmah untuk berkunjung ke rumah DS Wan Azizah.

Adakah Tun Mahathir menggunakan isterinya pula untuk berpolitik?? Hal ini tidak mustahil kerana boleh jadi, perjumpaan Tun Dr. Siti Hasmah itu adalah untuk menunjukkan hubungan diantara mereka semakin kuat setelah bergelar pembangkang. Dulu Tun Mahathir sendiri yang turun berjuma Anwar Ibrahim di Mahkamah, kini isteri mereka pula sudah berbaik-baik.

Mungkin hubungan ini terjalin kerana mahu meyakinkan rakyat, bahawa semua pembangkang akan bersatu untuk menggulingkan DS Najib Razak pada PRU14. Adakah Wan Azizah begitu mudah untuk memaafkan keluarga Mahathir setelah beberapa kali Mahathir menghumban Anwar ke dalam penjara sehingga sekarang.

Hanya mereka berdua sahaja yang tahu mengenai kesulitan hubungan tersebut. Bukan saja taktik berbaik-baik dengan musuh lama yang diguna pakai oleh penaja parti bunga, sebaliknya seluruh jentera PPBM juga sedaya upaya cuba menjaga hubungan sesama pembangkang untuk mencapai matlamat penaja parti mereka.

Nampakya Srikandi PPBM turut mengambil langkah berbaik-baik dengan anak Anwar, Nurul Izzah. Kononnya hubungan baik mereka untuk mengangkat martabat wanita Malaysia ke puncak tertinggi dan dalam masa yang sama, visi dan misi untuk humbankan Najib dan UMNO tetap menjadi keutamaan mereka.

Agaknya semua pemimpin PPBM yang ada, tidak berasa malu untuk berbaik bersama pembangkang walaupun dulunya mengutuk dan mengeji mereka semasa di dalam UMNO. Setelah bergelar pembangkang, semuanya dilupakan dan mereka hanya mengejar angan-angan untuk menggulingkan kerajaan.

Perkara ini jelas berlaku dalam penubuhan parti orang-orang kecewa seperti PPBM. Mereka sanggup melakukan apa saja untuk mencapai matlamat parti, walaupun perlu berbaik dengan musuh ketat terdahulu. PPBM juga menghalalkan segala cara untuk menyingkirkan pemimpin yang kononnya zalim kepada rakyat. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s