Pulau Pinang Bakal Dapat Ketua Menteri baru

Ketua Menteri Pulau Pinang nampaknya bakal berganti wajah apabila penyandangnya, Lim Guan Eng sudah mula merasakan ‘riwayat hidupnya’ selaku Ketua Menteri Pulau Pinang bakal berakhir tidak lama lagi.

Persiapan awal telah dibuat ‘kalau-kalau’ dirinya tidak lagi mampu mempertahankan jawatan tersebut. Setiausaha Agung DAP itu mencadangkan supaya Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menggantikan tempatnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Malah Guan Eng turut menyeru agar ahli-ahli DAP menyokong penuh cadangannya. Haha! Guan Eng dah mengaku salah bebb! Kecut perut takut jawatan tu terlepas ke tangan parti lain.

Bukan tu je, jelas yang Guan Eng dah mula cuak akan dikenakan tindakan susulan daripada dua pertuduhan rasuah dan penyalah gunaan kuasa yang membabitkan dirinya tu… Termasuk rasuah pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn sebelum ini.

Nampak macam Guan Eng dah boleh baca riwayat hidupnya selama Ketua Menteri Pulau Pinang bakal berakhir… Cuma dorang nekad untuk mempertahankan Pulau Pinang di tangan DAP. Persoalannya mampu ke dorang nak mempertahankan Pulau Pinang dari jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) semula??

Sebelum ni bukan main lagi Guan Eng merasakan dirinya mampu mempertahankan jawatan tersebut dan lari daripada dua kes rasuah membabitkan dirinya. Tapi sekarang ni tak mampu lari lagi dah… Semuanya sudah terang!

Impian guan Eng untuk terus bersarang menghuni jawatan ketua Menteri Pulau Pinang bakal berakhir. Zaman kegemilangan Guan Eng juga sudah sampai penghujungnya! Guan Eng kena terima hakikat yang dia dah tak layak menjadi menteri!! – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s