Pemuda UMNO Tidak Masuk Campur Hal Kumpulan Baju Merah

khairy-jamaluddin

Pemuda UMNO tidak tahu menahu, malah jauh sekali mahu menyertai dan mengambil berat soal kumpulan Gerakan Baju Merah yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa pemuda mengambil langkah untuk menjauhkan diri dari gerakan Baju Merah yang bertindak mengadakan protes di hadapan pejabat Malaysiakini baru-baru ini.

Tak pernah terlintas bagi Pemuda UMNO untuk turut serta dalam himpunan tersebut… Jika ada ahli Pemuda UMNO yang hadir dan turut serta dalam himpunan tersebut… Khairy menegaskan bahawa mereka datang atas dasar kapasiti sendiri.

Kehadiran mereka bukanlah melambangkan bahawa Pemuda UMNO memberi sokongan terhadap kumpulan Baju Merah. Maknanya kalau ada yang hadir pun itu atas dasar dan kehendak mereka sendiri.

Khairy berkata demikian setelah timbul persoalan adakah Pemuda UMNO menyokong tindakan gerakan Baju Merah yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Malaysiakini baru-baru ini… Hal ini dipersoalkan apabila netizen terlihat kelibat anggota exco pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah dalam protes berkenaan.

Menteri belia dan sukan itu juga berkata pihak mereka tidak menghalang ahlinya untuk menyertai sebarang demonstrasi. Tetapi kehadiran mereka bukanlah atas dasar keperibadian kesemua parti dan komponen. Hak mereka untuk hadir dan ia tidak menjejaskan parti, namun ia tidak bermakna UMNO dan Pemuda menyokong Baju Merah. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s