Pemuda UMNO Permatang Pauh Kecam Penglibatan Dana Yahudi Di Penang Institute

2-copy

Ekoran dari pendedahan oleh DC Leaks tentang pembiayaan Dana OSF yang diberikan kepada beberapa NGO yang pro pembangkang, rakyat negara ini mulai curiga apakah ada usaha terancang dari luar untuk menjatuhkan kepimpinan negara seperti di Timur Tengah?

Turut berkongsi pandangan yang sama, Pemuda UMNO Permatang Pauh bertindak mengecam dan mendesak pihak Badan Pemikir Kerajaan DAP negeri P.Pinang (Penang Institute) yang juga menerima dana berkenaan.

Menurut Ketua Pemudanya, Abu Bakar Sidek, Penang Institute seharusnya menjelaskan kepada rakyat mengenai penglibatan Yayasan Soros tersebut kerana ia melibatkan pilihanraya yang telus dan juga demokrasi didalam negara ini.

Pihak Penang Institute tidak boleh mengelak atau menafikan hal tersebut kerana ianya telah diakui oleh beberapa agensi dan NGO yang rapat dengan pembangkang tentang penerimaan Dana terbabit.

Menurut Abu Bakar, perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh didiamkan, kerana ia adalah isu besar kerana Soros adalah merupakan orang yang bertanggungjawab dalam kegawatan ekonomi Malaysia tahun 1997.

Ketika krisis berkenaan, ramai dikalangan rakyat Malaysia yang hilang pekerjaan serta ribuan juta ringgit hilang dari pasaran modal negara kerana nilai ringgit jatuh.

Rakyat juga pasti tidak dapat melupakan apa yang dilakukan oleh Soros ketika itu dan kesannya masih dirasai hingga kini.

Kezaliman Soros memanipulasi matawang adalah sangat teruk hinggakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir menggelarnya sebagai Penyangak Matawang Dunia.

Selain itu, Abu Bakar juga menegaskan bahawa rakyat P.Pinang berhak tahu tentang sejauh mana penglibatan kerajaan DAP dengan Yayasan Yahudi milik Soros tersebut.

Rakyat P.Pinang tidak mahu ada sebarang anasir luar yang mencampuri urusan pentadbiran didalam negara ini apatah lagi didalam hal-hal hala tuju negara, ujarnya.

Tegas Abu Bakar, apabila NGO-NGO ini menerima dana dari Yayasan Soros, ia bermakna mereka menerima duit dan bersekongkol dengan manusia yang pernah menganiaya ekonomi negara dan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s