PAN Cuba ‘Bela’ PAS Dalam Isu Kain Lap Kaki Lambang Bendera PAS

2a-copy

Mungkin tindakan Parti Amanah Negara (PAN) ini boleh diklasifikasikan sebagai cubaan memujuk parti islam PAS untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan… Atau sekadar satu tindakan ambil hati dan langsung tak ikhlas.

PAN kononnya membela PAS apabila viral beberapa gambar lambang bendera rasmi PAS yang digunakan sebagai hiasan beberapa produk di pasaran. Paling tak boleh diterima akal, apabila ada juga kain lap kaki yang menyerupai lambang bendera PAS turut dijual.

Pendek kata memang sebiji la! Serupa kot macam bendera PAS tu… Tak tahu la sama ada dorang memang sengaja buat macam tu atau ianya sekadar kebetulan. Tapi demi mengambil hati PAS… PAN takde angin takde ribut, tiba-tiba nak mempertahankan PAS.

Kononnya ujar PAN, tindakan tersebut seperti mahu menghina parti politik Islam tanah air tersebut… Walaupun PAN telah ‘murtad’ dari PAS… Tapi katanya PAN sentiasa ‘peka’ dan ‘professional’ jika berhadapan dengan perkara sebegitu.

Iyeke PAN betul-betul mempertahankan PAS soal penghinaan tersebut?? Entah-entah nak ambil hati je! Yela sebab kumpulan Bersih sekarang ni terdesak sangat nak dapatkan sokongan dari PAS. Pastinya dorang akan lakukan apa sahaja demi mendapatkan bantuan PAS.

PAN ni bab-bab nak berdrama memang power bebb! Hari ni berubah jadi baik tapi esok lusa perangai tu macam syaitonnnn! Konon nak perjuangkan agenda selamatkan negara… Banteras rasuah dan salahguna kuasa! Dalam DAP sendiri pun korang tak mampu nak hapuskan rasuah… Berangan nak banteras rasuah dalam negara pula.

Pasal isu kain lap kaki yang ‘design’ ala-ala bendera PAS tu memang satu penghinaan… Apa kat Malaysia ni takde corak lain ke yang boleh korang guna?? – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s