Mimi One Nation Emcees Tertekan Untuk Bawa Lagu Stacy

image

Dek kerana usia kandungan Stacy kini sudah memasuki enam bulan setengah, lagu Romeo yang telah terpilih ke peringkat Muzik Muzik Separuh Akhir ke-31 terpaksa diganti oleh penyanyi lain, agar Stacy dapat berehat demi menjaga keselamatan kandungannya.

Almaklumlah Stacy ni kalau dah dapat pentas memang ligat gayanya kalau menyanyi sambil menari. Tak sah persembahannya. Oleh itu nama Mimi One Nation Emcees telah dipetik untuk menggantikan tempat Stacy.

“Saya dapat tawaran ini pada mulanya daripada pihak Astro kemudiannya dihubungi oleh Akim dan Stacy sendiri. Kebetulan pula saya memang minat dengan lagu Romeo tersebut jadi dengan pemilihan ini untuk menyanyikan lagu Romeo saya rasa sangat berbangga.

“Bagi saya lagu Stacy agak tinggi dan sangat memerlukan emosi yang sangat berat, dan itu satu cabaran yang sangat besar bagi saya. Tambahan pula lagu Romeo ini sangat berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini.”

“Bagaimanpun mereka ada pesan agar saya jadi diri sendiri, namun saya agak tertekan sebab lagu orang di mana mempunyai satu elemen yang sangat tinggi nilainya. Ciptaan suami kepada isterinya.

“Kalau berjaya sampai ke final saya akan buat persembahan terbaik untuk Anugerah Juara Lagu,” terang Mimi.

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Mimi dan semoga Stacy berehat dan jaga kandungannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s