Meghan Markle Bakal Ikut Jejak Puteri Diana Dan Kate Middleton

o

Nama pelakon Meghan Markle kini menjadi bualan hangat apabila beliau dikatakan sedang hangat bercinta dengan Putera Harry.. Hubungan pasangan ni dikatakan berjalan dengan serius bila Putera Harry memperkenalkan Markle kepada bapaknya, Putera Charles..

Berdasarkan sumber teman rapat Markle, Miss dengar adik kepada Putera William tu telah menunjukkan betapa serius untuk membawa hubungannya bersama Markle ke tahap yang lebih serius.. Jadi ramai yang menganggap pasangan ni akan melangkah satu tahap yang lebih serius, iaitu bertunang..

Kalau hubungan pasangan ni menjadi sampai berkahwin, maka Markle dikatakan bakal mengikut jejak langkah Puteri Diana dan Kate Middleton.. Yela, Puteri Diana dan Kate Middleton adalah dua orang rakyat biasa yang berkahwin dengan kerabat diraja..

Puteri Diana atau Lady Diana menjadi anggota diraja Britian selepas berkahwin dengan Putera Charles.. Pasangan tersebut, memiliki dua putera yang dikenali sebagai Putera William dan Putera Harry.. Sayangnya perkahwinan pasangan tersebut tak bertahan lama setelah Puteri Diana meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya..

Selepas tu Kate Middleton menjadi rakyat biasa yang kedua yang masuk ke dalam keluarga diraja berkenaan, selepas berkahwin dengan Putera William pada 2011.. Hubungan pasangan tu pun pernah bergolak dan putus, tapi kalau dah jodoh.. Akhirnya dorang berkahwin jugak.. Mana lah tahu selepas ni Putera Harry pulak ikut jejak abangnya.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s