Lawatan Perdana Menteri Ke China Adalah Satu Kejayaan Besar Untuk Malaysia

6a-copy

Pengerusi Pusat Asli bagi Kajian Dasar Awam, Tan Sri Ramon Navaratnam menyifatkan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke China tempoh hari sebagai satu kejayaan yang terbesar bagi negara.

Perjanjian yang termeterai antara Malaysia dan China berjumlah berbilion-bilion ringgit itu diibaratkan seperti sesuatu yang berani dan sanggup mengambil risiko. Perjanjian itu juga dilihat bagus dan sangat memberi manfaat kepada kerajaan, ekonomi negara dan juga rakyat jelata.

Dengan adanya perjanjian ini… Maka meningkatlah hubungan diantara Malaysia dan China pada masa dan dekad akan datang. Bukan itu sahaja, Najib dan Presiden China, Xi Jinping telah berjaya merekodkan kejayaan besar dalam bidang pelaburan.

Ini menandakan bahawa negara kini sudah mampu untuk bergerak seiring dan bakal menjadikan Asia sebagai Pusat Pertumbuhan Ekonomi Dunia yang mampan dalam konteks inisiatif baru Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Sementara itu, perjanjian antara Malaysia dan China bakal menjadi satu permulaan untuk memupuk nilai keamanan dan kebajikan ekonomi Timur. Oleh yang demikian, Ramon menuntut agar segala maklumat berkenaan rundingan tersebut didedahkan supaya rakyat lebih memahami isi kandungan perjanjian itu.

Seperti projek-projek yang bakal dilaksanakan… Mungkin rakyat akan lebih menghargai jika mereka didedahkan dengan maklumat perjanjian itu. Dengan secara tidak langsung ia dapat melenyapkan khabar angin, kononnya negara bakal dijual kepada China. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s