Hina Sultan – Pemuda MIC Johor Buat Laporan Polis Terhadap Pemimpin DAP P.Pinang

1-copy

Akibat dari keceluparannya mengeluarkan kenyataan yang berniat menghasut dan juga disifatkan biadap terhadap Institusi DiRaja Johor, satu laporan Polis telah dibuat terhadap seorang pemimpin DAP P.Pinang.

Laporan Polis tersebut dibuat oleh Ketua Pemuda MIC negeri Johor iaitu Subramaniam Balakrishnan terhadap Satees Muniandy, yang merupakan Setiausaha DAP Bahagian Batu Kawan, P.Pinang kerana mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Sultan Johor didalam laman Facebooknya.

Didalam laporan Polis berkenaan, Subramaniam mahu pihak Polis mengambil tindakan tegas terhadap Satees kerana ia perlu dijadikan pengajaran kepada pihak lain khususnya pembangkang yang kini semakin berani menghina Sultan Melayu.

Pemuda MIC Johor juga dikatakan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan Satees yang dianggap tidak memahami konsep Bangsa Johor itu sendiri, sebelum membuat apa-apa kenyataan.

Jadi perbuatan Satees yang cuba mengajar Sultan Johor tentang kuasa eksekutif DiRaja adalah satu cubaan untuk menghasut rakyat agar mempertikaikan kuasa-kuasa Sultan yang sudah termaktub didalam Perlembagaan.

Selain itu, Pemuda MIC Johor turut membuat laporan Polis terhadap pemimpin parti pribumi bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diatas dakwaan yang sama.

Menurut info, Satees menjawat jawatan Setiausaha Peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri P.Pinang dan juga Ahli Majlid di Majlis Perbandaran Seberang Perai serta ahli DAP P.Pinang.

Individu berkenaan dikesan memuat naik status yang dianggap biadap dan memberi amaran pada Sultan Johor itu pada 3 November 2016 pada pukul 8 malam.

Dan apabila ianya mendapat respon yang negatif dari media dan juga netizen, Satees bertindak memadamkan status terbabit pada 6 November 2016 sekitar pukul 2 petang.

Bagaimanapun, ianya tidak dapat meredakan kemarahan orang ramai dan rakyat yang hormat pada Institusi DiRaja, khususnya rakyat negeri Johor yang selama ini begitu akrab dengan Sultan mereka.

Kita nantikan apa tindakan yang bakal diambil oleh DAP P.Pinang dan Lim Guan Eng terhadap individu berkenaan. Jika tiada tindakan, ia bermakna DAP dan Guan Eng bersetuju perbuatan menghina Sultan dilakukan oleh Ahli DAP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s