Guan Eng Sengaja Cari Simpati Tak Mahu Letak Jawatan

8-copy

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan mahu Guan Eng berhenti berlakon untuk cari simpati masyarakat cina P.Pinang.

Guan Eng tak perlu umum pengganti, cuma perlu letak jawatan tanpa sebarang syarat dan tanpa menunggu keputusan mahkamah atau pilihan raya umum akan datang.

Datuk Huan juga menyifatkan, Guan Eng mengamalkan dwi standard apabila masih lagi memegang jawatan Ketua Menteri di sebalik kes rasuah yang dihadapinya.

Menurut beliau, sekiranya situasi sama dihadapi pemimpin BN kerana menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah, pembangkang paling lantang mendesak individu berkenaan melepaskan jawatan.

Sebab itu Guan Eng sepatutnya tidak perlu merayu penyokong DAP memberi sokongan kepada Kon Yeow, sebaliknya beliau sendiri perlu meletakkan jawatan, ujarnya.

Sebelum ini, Guan Eng yang juga setiausaha Agung DAP didalam konvensyen DAP negeri semalam, menyeru ahli parti memberi sokongan kepada Chow Kon Yeow sebagai penggantinya.

Gesaan Guan Eng itu sebaliknya disambut dingin oleh ahli-ahli DAP yang hadir. Ia menandakan bahawa populariti Guan Eng kini semakin merosot dikalangan ahli serta penyokong DAP sendiri.

Ketua Menteri P.Pinang itu kini berhadapan dengan dua dakwaan rasuah membabitkan penjualan banglo mewah dibawah harga pasaran, dan juga salahguna kuasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s