Gegar Vaganza 3 : Instagram Datuk Ramli Ms Diserang Peminat Elly Mazlein

1a-1

2a

3a

Sebelum bermulanya program realiti Gegar Vaganza musim ketiga, Miss tengok macam-macam kontroversi yang timbul.. Sebelum bermula program realiti tersebut pun dah panas bila gambar peserta yang belum diedit telah tersebar dan dikritik teruk dengan netizen, terutama gambar Zur Eda..

Lepas tu, Dato Seri Vida berebut mikrofon pulak dengan staff Astro.. Kemudian Gegar Vaganza menjadi bualan hangat lagi bila Nabil dikecam kerana bikin hal dengan lawak bodohnya terhadap Elly Mazlein.. Itu pun dah panas!

Terbaru, u’olls pun dah tahu apa yang berlaku semasa konsert Gegar Vaganza musim ketiga pada minggu keempat ni kan.. Datuk Ramli Ms pulak yang mencetuskan kepanasan bila memberikan komen pedas terhadap Elly, sehingga menyebabkan Elly membuat keputusan untuk menarik diri daripada program realiti tersebut..

Komen pedas Datuk Ramli Ms yang mengatakan Elly dapat bertahan dalam program realiti tersebut hanya kerana ‘belas ehsan’ daripada pihak Astro’, telah mencetuskan kemarahan orang ramai terutama daripada kalangan peminat Elly Mazlein..

Gara-gara isu panas tu jugak, akaun Instagram Datuk Ramli Ms telah diserang peminat Elly.. Cer u’olls baca komen-komen tak puas hati yang dilemparkan terhadap Datuk Ramli Ms tu.. Miss tengok sampaikan ada yang f*ck Datuk Ramli Ms.. Memang patut kena macam tu pun!

Ramai yang tak puas hati tu sebab Datuk Ramli Ms telah menjatuhkan maruah Elly secara terbuka di hadapan khalayak ramai dan ketika siaran secara langsung.. Itu lah, lain kali Datuk Ramli Ms kena belajar berlapik sikit bahasanya tu, jangan main lepas jer.. Bercakap tu jangan lah sampai orang lain terasa!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s