Dato Aliff Syukri Tak Sayang Nyawa Sendiri!!

1a

Macam-macam ragam lah jutawan kosmetik sekarang ni.. Tak cukup dengan Dato Seri Vida yang sering mencetuskan kontroversi panas dengan gelagat melebih-lebihnya di khalayak ramai, Dato Aliff Syukri ‘Terlajak Laris’ pun sama naik jugak.. Tak habis-habis nak mencetuskan kontroversi panas!

U’olls tengok jer lah gelagat Dato Aliff dalam video tu, bukan main lagi dia merempit.. Gara-gara video ni jugaklah Dato Aliff Syukri dikritik orang ramai.. Tanpa memikirkan keselamatan dirinya, boleh pulak dia menunggang motosikal sambil buat video..

Dia tahu tak yang tindakannya itu boleh mengundang bahaya?? Kalau ada si isteri yang membonceng bersama, lain cerita lah.. Boleh lah si isteri tu pegang kamera untuk merakam gelagatnya.. Ini tidak, Dato Aliff sanggup membahayakan nyawanya untuk merakam video sendiri sambil menunggang motosikal..

Buatnya semasa dia tengah seronok dok merakam, tiba-tiba terlanggar sesuatu ke.. Naya jer tergolek di tengah jalan! Kalau tergolek tanpa melibatkan kenderaan lain, tak apa.. Kalau melibatkan kenderaan lain macam mana?? Miss tak dapat nak bayangkan betapa ngerinya kalau benda tu terjadi..

Penting sangat ke nak merakam video tu Dato Aliff oii?? Tak mati pun kalau tak dapat tunjuk aksi menunggang motosikal seorang diri di tengah jalan.. Ingat sikit, nyawa tak ada jual dikedai yer!! Miss harap lepas ni Dato Aliff lebih menghargai nyawa dan ingat orang tersayang yang menanti di rumah!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s