Dana George Soros Tidak Sihat Untuk Negara – Datuk Ahmad Yakob

dana-soros

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob menyelar suntikan dana daripada hartawan Amerika Syarikat (AS) George Soros kepada rakan pembangkang. Kononnya perkembangan ini sama sekali tidak sihat untuk negara, terutamanya sumbangan kepada perhimpunan haram BERSIH.

PAS dilihat mengutuk rakan pembangkang setelah mereka menerima sumbangan daripada Soros kerana parti islam itu tidak terlibat dalam perhimpunan haram tersebut. Beliau boleh menuduh dan mengecam tindakan BERSIH kerana PAS memang tidak mahu ada kaitan, serta tidak akan turun padang memberi sokongan terhadap perhimpunan itu kali ini.

Tetapi PAS tidak sedar mereka bakal bekerjasama dengan Mahathir yang menyokong Soros pada masa kini. Dulu mungkin Soros dijadikan kambing hitam dan dituduh menjadi penyebab ekonomi negara merudum semasa di zaman Mahathir. Tetapi sekarang Soros dianggap penyelamat mereka untuk membantu menggulingkan kerajaan.

Sekiranya PAS bersedia bekerjasama dengan PPBM, mereka juga akan menjadi penerima sumbangan Soros kerana beliau dikatakan antara individu yang membantu parti-parti pembangkang yang cuba menggulingkan kerajaan.

Sebaliknya PAS tidak bersetuju dengan agenda BERSIH yang menggunakan cara yang salah untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada. Amalan politik aman dan sejahtera sama sekali tidak sesuai sekiranya mereka ingin bekerjasama dengan PPBM, jelas PPBM menyokong padu perhimpunan BERSIH dan mengagungkan sumbangan Soros.

Jika PAS tidak bersetuju dengan sumbangan yang diterima pembangkang dan menyatakan dana tersebut tidak sihat untuk negara, mereka tidak perlu berbincang bersama PPBM yang memang berhubung baik dengan Soros. Tindakan Mahathir menukar kenyataan mengenai Soros juga telah terbukti beliau mementingkan politik daripada maruah.

Politik aman dan sejahtera PAS tidak mungkin akan membawa kesatuan bersama rakan pembangkang kerana parti Islam tidak dapat mengikut cara berpolitik rakan pembangkang lain, yang meghalalkan segala cara untuk memperolehi kedudukan dan kuasa.. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s