Banjir Di Parlimen Bagan, Guan Eng Langsung Tak Nampak Batang Hidung

6-copy

Banjir kilat sehingga paras betis melanda kawasan Mak Mandin pagi tadi sehingga menyebabkan pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di SMK Mak Mandin terpaksa dipindahkan ke tingkat 2 bangunan sekolah berkenaan.

Hujan lebat sejak awal tengah malam serta sistem perparitan yang tak diselenggara dengan baik, dikatakan menjadi punca utama banjir kilat yang melanda di kawasan berkenaan.

Hasil tinjauan mendapati, hampir keseluruhan kawasan yang rendah di situ ditenggelami air termasuklah sekolah berkenaan sehingga menyukarkan masyarakat melakukan aktiviti harian.

Menurut seorang penduduk yang ditemui, banjir kilat ini berpunca dari longkang-longkang dan parit besar yang tersumbat akibat pembuangan sampah serta pembangunan di kawasan Raja Uda.

Jadi air dikawasan tinggi akan memenuhi kawasan Mak Mandin yang lebih rendah, ujarnya sambil menggesa pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) melakukan penyelengaraan terhadap longkang dikawasan terbabit.

Seorang lagi penduduk yang ditemui pula kesal dengan sikap pemimpin kawasan berkenaan khususnya Ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng yang tidak turun padang apabila banjir.

Beliau menyifatkan pemimpin-pemimpin berkenaan sebagai hanya tunjuk muka ketika pilihanraya sahaja tetapi menghilangkan diri ketika rakyat dibelenggu masalah.

Rakyat akan hilang kepercayaan lagi kepada pemimpin sebegini jika usaha untuk menjaga kebajikan rakyat, serta memastikan kehidupan baik untuk masyarakat diabaikan.

Sebelum ini, Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mendabik dada, kononnya mampu menyelesaikan masalah banjir di Kelantan dan Pahang jika diberi kuasa memerintah.

Kini tempatnya sendiri dilanda banjir, sedangkan dia langsung tak nampak batang hidung untuk rakyat mengadu masalah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s