Ameng Spring Sanggup Lakukan Apa Sahaja Demi Anak

Selepas enam tahun berada di dalam penjara, kini sudah tiba masanya untuk penyanyi Ameng (Spring) untuk menebus segala pengorbanan keluarganya dengan memasuki pertandingan Gegar Vaganza (GV).

Berkongsi rutinnya ketika ini yang agak sibuk dengan memenuhi program motivasi, dan pada masa yang sama terlibat dengan pertandingan GV, Ameng mengakui jauh di sudut hatinya amat merindui anaknya.

“Anak saya terutamanya selepas saya keluar daripada penjara dia memang seorang yang agak manja dan tak mahu berenggang

“Sebelum masuk GV saya selalu hantar dan ambil anak pergi sekolah. Bila dah terlibat dengan GV anak naik van sekolah sahaja.

“Rutin sekarang ni selain sibuk dengan kerja memenuhi undangan motivasi dan ceramah, setiap hari Selasa saya akan turun ke Kuala Lumpur untuk sesi latihan GV. Pada hari yang sama juga saya akan pulang ke Melaka, boleh dikatakan hampir pukul empat pagi baru sampai rumah,” jelasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s