Syed Saddiq Hanya Boneka Pembangkang Di Pentas Politik

Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditempelak kerana menunjukkan sikap biadapnya terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Sebelum ini Syed Saddiq mempertikaikan titah tuanku yang menentang tindakan perhimpunan haram yang akan dilakukan oleh pembangkang.

Disebabkan terlalu taksub dengan arahan pemimpin pembangkang, Syed Saddiq bersikap biadap walaupun titah tuanku itu mempunyai skop yang luas dan tidak semata-mata kerana kepentingan politik. Yang pasti titah TMJ tersebut demi menjaga kepentingan rakyat kerana perhimpunan haram akan menjejaskan perpaduan serta keselamatan rakyat.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Md Jamaludin mendakwa, Syed Saddiq adalah seorang pemimpin muda yang belum khatam ilmu. Bangsa Johor tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk Syed Saddiq jika biadap dengan Sultan.

Sepatutnya beliau harus menjadi seorang Bangsa Johor yang bersyukur kerana mempunyai seorang Sultan yang berjiwa rakyat dan menjaga keamanan negeri. Mungkin pengaruh Tun Mahathir begitu kuat didalam dirinya sehingga berani bertindak menyanjung penaja parti bunga raya daripada Sultan.

Nampaknya beliau tidak sedar yang dirinya digunakan untuk kepentingan politik, kenyataan beliau sebelum ini menunjukkan Syed Saddiq adalah pemimpin mentah dan mudah digunakan orang lain khususnya pemimpin PPBM. Sekarang beliau dilihat menjadi mangsa kepada pemimpin pembangkang untuk menyampaikan propaganda politik kepada rakyat.

Beliau tidak perlu bertindak mengajar tuanku untuk mentadbir dan menjaga keselamatan negeri. Budak hingusan seperti beliau sama sekali tidak layak untuk mendakwa tuanku kerana baginda lebih arif dalam menguruskan rakyat. Baru beberapa hari menjadi sebahagian daripada PPBM, beliau dilihat sudah berani menentang institusi raja. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s