Selepas Minyak Petrol, Abd Ghani Ingin Bagi Beras Percuma Pula

Seorang peniaga katering baru-baru ini menarik perhatian orang ramai, apabila menghabiskan masa selama hampir empat jam bagi mengisi petrol secara percuma kepada lebih 1,500 penunggang motosikal.

Bermula pada jam 6.30 pagi, Abd Ghani Haron membuat amal jariah kepada penduduk di sekitar Tikam Batu, Kedah dengan bersedekah minyak petrol kepada pengguna motosikal. Bertempat di stesen Shell cawangan Tikam Batu, ramai juga yang hadir untuk mendapatkan petrol percuma tersebut.

Korang nak tahu berapa kos yang Abd Ghani ni habis untuk lebih 1,500 penunggang motosikal yang datang mendapatkan petrol percuma tu… RM5913 je…

Not bad la kan… Mulia sungguh tindakan perusaha catering ni… Moga lagi murah la rezeki dia. Melalui laman facebooknya, dengar kata Abd Ghani akan adakan sekali lagi pusingan memberi petrol percuma pada bulan hadapan.

Tapi sebelum tiba waktu tersebut, Abd Ghani bercadang untuk mengedarkan bantuan beras percuma kepada penduduk pada pertengahan bulan ini. Korang nak tahu bila?? Nanti ia bakal diumumkan di facebook miliknya.

Bagus kan tindakan Abd Ghani ni… Sedikit sebanyak dapat juga bantu orang-orang yang memerlukan. Setidaknya dapat juga meringankan kos dan bebanan rakyat. Yela, dorang kan dok bising harga petrol dan minyak masak naik.

Dengan bantuan-bantuan sebegini dapat juga menggembirakan hari penduduk setempat… Kan bagus kalau ramai orang yang murah hati macam Abd Ghani ni. Baru la aman dunia, yang kaya tolong yang miskin… Bukannya tolong tengok saja. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s