Peminat Dah Muak Dengan ‘Kisah Cinta’ Neelofa-Fattah Amin

Drama ‘Suri Hari Mr.Pilot’ telah melabuh tirainya, tamat sudah drama cinta tu yer.. Kalau tak, ada je gosip pasal watak utama drama tersebut..

Punyalah ramai peminat drama si pilot tu.. Sampai jadi trending wei.. Tak paham betul Miss taste drama orang sekarang.. Mungkin inilah penangan yang dibawa hero dan heroin drama tersebut, iaitu Fattah Amin dan Neelofa..

Bila dah tamat drama ni, korang rasa si Fattah dengan Lofa ni akan tunjuk aksi gedik dorang lagi tak?? Yela, sebelum ni pun masa drama tu dok tayang.. Tak habis-habis Neelofa dan Fattah memuat naik gambar mesra dorang bersama..

Bila dah terlalu kerap dok buat aksi gedik tu, maka ramailah orang yang naik meluat tengok aksi murahan mereka.. Yela, mahu tak meluat.. Dok tunjuk manja gedik dorang, tapi bila tanya masing-masing tak mengaku..

Ye tahu, dalam drama memang lakonan dorang terbaik dan nampak sweet.. Tapi bila dah terlalu dok tunjuk sangat.. Orang yang tengok pun naik meluat..

Ramai yang menganggap Neelofa dan Fattah dah terlalu melebih-lebih dalam mempromosikan drama yang dorang lakonkan.. Tak habis-habis nak tayang gelagat ‘mesra alam’ dorang bersama, tak kira menerusi gambar atau video.. Itu sebab jugak lah ramai yang mengatakan pasangan ni gedik, terutamanya Neelofa..

Miss tengok ramai yang kutuk Neelofa gedik dan tak tahu jaga batas.. Kononnya sebelum ni dia pernah mengeluarkan kenyataan yang dia tak nak bersentuhan dengan lelaki.. Tapi sejak berlakon dengan Fattah, ada jer tempat yang dia nak sentuh.. U’olls tengok gambar ni, bukan main lagi Neelofa perbetulkan mikrofon si Fattah masa program ‘MeleTOP’..

Dah tamat drama ni, Miss harap kisah dorang pun tamat lah.. Dah muak hari-hari menyaksikan aksi mesra alam dorang yang terlampau tu.. Mata ni berbulu tengok dorang! Kalau dah betul-betul suka tu, bercinta jer lah.. Tak payah poyo sangat nak acah-acah bercinta.. Muak tengok!! – Misshana/Utaranews

One thought on “Peminat Dah Muak Dengan ‘Kisah Cinta’ Neelofa-Fattah Amin

  1. Ikut sukahati depa la nak bercinta senyap senyap ka apa ka. Tu hak depa. Yg kita nak kecoh sgt ni pasaipa. Jeles ka?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s