Pembangkang Sudah Kehabisan Modal

Pembangkang kini sanggup lakukan apa sahaja semata-mata demi menakut-nakutkan rakyat dan membuatkan mereka benci kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Malah mereka turut ketandusan idea untuk memburukkan kerajaan.

Keterdesakan pembangkang semakin terserlah, apabila mendakwa konon perdana menteri mahu menjual negara kepada kuasa luar. Ini susulan daripada kemasukan pelabur besar dari China ke Malaysia.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi sudah ada pelabur asing yang datang ke negara ini. Seperti dari Amerika Syarikat dan Britain. Tapi sampai sekarang, takde pulak dengan dorang menjajah negara.

Tapi bila Najib buat pelaburan dengan pelabur China… Tiba-tiba muncul cerita, kononnya Malaysia bakal dijual melalui pelbagai perjanjian perniagaan bernilai lebih RM143 bilion… Malah ia telah ditandatangani oleh China ketika lawatan rasminya ke negara itu sejak Isnin lepas.

Zaman kuno betul la pemikiran pembangkang ni.. Dorang ni tak tahu ekonomi ke?? Bukan sahaja Malaysia yang menerima pelabur asing bagi membangunkan ekonomi dan memajukan negara. Negara-negara yang lain pun buat perkara sama juga.

Patutnya kita kena rasa bangga apabila pelabur luar berminat untuk melabur di Malaysia… Ini secara tak langsung bakal menambah peluang pekerjaan dan pelbagai kebajikan lain untuk rakyat.

Kalau takde pelabur dari luar pastinya negara akan terus mundur dan tidak berkembang… Nak harapkan pelabur tempatan memang lambat la negara nak membangun. Setidaknya kita kena juga belajar ilmu pelabur dari luar, baru otak tu nak berkembang dan ekonomi bertambah maju. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s