Pembangkang Gunakan Medan Selera Untuk Berpolitik

Pelik sungguh, tak boleh fikir ka apa geng Bersih ni?? Kalau iye pun terdesak sangat nak kutip peserta untuk sertai himpunan Bersih 5 pada 19 November nanti… Perlu ke sampai buat ceramah di medan selera??

Medan selera tempat orang makan dan isi perut oiiii!!! Bukan tempat dok sebar fitnah bodoh korang tu… Takde otak ka?! Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan  Adun Bercham, Ching Chi Khing dengan tiada rasa bersalah bertindak menyampaikan ceramah di medan selera Ipoh tersebut.

Orang tengah berselera dok makan, boleh pulak dorang bagi ceramah pasal himpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur nanti. Memang la tu konstituen dorang tapi mana permit korang untuk berceramah??

Dah la tempat tu sah-sah tak sesuai… Lepas tu kononnya mengaku buat ceramah secara aman. Aman apanya kalau orang nak makan pun tak senang… Kena hadap ceramah korang pulak waktu makan.

Tindakan mereka itu bagaimanapun telah dihentikan oleh dua anggota polis… Pihak polis mengarahkan mereka agar menghentikan ceramah tersebut jika mereka tidak mahu mikrofon dirampas.

Kira-kira 150 pelanggan yang datang menjamu selera di medan tersebut mahu atau tidak, terpaksa hadap dan tadah telinga mendengar ceramah dorang. Bukan setakat ganggu dorang dengan berceramah je.

Kulasegaran  siap pergi dari satu meja ke meja yang lain, konon mahu beramah mesra dengan pelanggan. Mana tahu, kot-kot dorang nak tanya pasal Bersih. Eshhh, kalau Gomez la kan nak makan pun tak senang… Kalau korang tak tahu la, mana tahu kot korang suka bila orang kacau korang time tengah makan.

Perkara macam ni yang rakyat marah sangat… Nak berdemonstrasi dan ajak orang ramai tapi tak kena tempat. Kenapa tak buat ceramah masa orang tengah kebumikan mayat jugak?? 

Kalau dah kumpulan Bersih ni rasa ganggu orang tengah makan tak salah… Jadi kenapa tak ganggu sekali orang tengah baca talkin tu. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s