PAS Tidak Layan Tuntutan DAP Dan PAN

Sebelum ini DAP dan PAN mendesak PAS supaya bersetuju menyertai perhimpunan haram BERSIH 5 pada 19 November ini. Ekoran desakan itu, PAS telah memutuskan untuk tidak melayan tuntutan daripada kedua-dua parti tersebut, walaupun PAS akan membuka pintu rundingan bersama rakan pembangkang.

Baru-baru ini DS Abdul Hadi Awang telah menyatakan bahawa parti Islam itu akan membuka pintu rundingan kepada rakan pembangkang bagi membolehkan kerjasama satu lawan satu pada PRU14. Sehubungan itu, DAP dan PAN mungkin merasakan rancangan untuk memujuk PAS bersama-sama dalam perhimpunan haram itu akan berjaya.

Malangnya, Datuk Tuan Ibrahim berkata PAS hanya sedia berbincang dengan rakan pembangkang mengenai kerjasama satu lawan satu. Keputusan untuk tidak menyertai BERSIH masih sama dan tidak akan berubah sama sekali, seperti mana yang ditegaskan oleh PAS sebelum ini.

Boleh jadi rundingan PAS bersama rakan pembangkang kali ini akan dijadikan perangkap kepada PAS.. Namun PAS sedar rundingan itu tidak boleh menjadi perangkap kerana barisan pemimpin parti islam sudah mencapai kata sepakat untuk menolak BERSIH.

DAP dan PAN dilihat tertekan kerana tidak mendapat sokongan padu rakyat untuk mengadakan perhimpunan haram tersebut. Oleh itu, mereka mendesak PAS supaya memberi kerjasama untuk meningkatkan lagi sokongan. Kepincangan pentadbiran pemimpin DAP dan PAN menjadi masalah utama mereka ditolak oleh rakyat..

Namun, PAS telah menetapkan supaya jentera parti itu supaya tidak terlibat dalam gerakan BERSIH. Tuan Ibrahim turut berterima kasih kepada DAP dan PAN kerana membuat tuntutan seperti itu, tetapi PAS kini mahu melakukan perubahan melalui sistem demokrasi. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s