Mahathir Kini Adalah Manusia Paling Jijik Sekali

Tun Dr Mahathir Mohamad kini tidak lagi sesuai digelar sebagai pemimpin terulung dan disegani… Masakan tidak, tindakannya sekarang ini tak ubah seperti manusia yang jijik dan tidak bertamadun… Cakap tak serupa bikin dan lupa asal usul.

Komen terkini Mahathir sangat memalukan! Jika dahulu Mahathir begitu mengutuk jutawan George Soros tapi kini semuanya berbeza. Mahathir kini menyanjung dan mempertahankan tindakan Soros… Tindakan tersebut menunjukkan bahawa bekas perdana menteri itu kini berada di tahap paling rendah sekali.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Md Salleh Said Keruak berkata kini Mahathir mengeluarkan kenyataan bercanggah dari sebelumnya. Dahulu apabila ekonomi negara runtuh… Mahathir mengutuk Soros dan dia tidak mahu bertanggungjawab diatas kesalahannya.

Mahathir juga pernah mengeluarkan kenyataan bersifatkan anti-Semitik dan turut menyifatkan orang Yahudi sebagai “orang dengan hidung bengkok”! Kenyataan itu boleh mengakibatkan dirinya ditangkap dan dipenjarakan… Malah lebih teruk dipaksa letak jawatan jika masih menjadi pemimpin.

Bukan tu je, masa Mahathir jadi pemimpin bukan main lagi dia menentang habis-habisan dan mengutuk keras demonstrasi jalanan. Malah menangkap sesiapa sahaja dan menahan mereka tanpa dibicarakan.

Tapi hari ini apa sudah jadi?? Mahathir malah mendakwa Soros seorang lelaki yang baik kerana sanggup membiayai kumpulan yang mahu menjahanamkan negara dan merosakkan maruah negara.

Mungkin Mahathir kini sudah termakan kata-katanya sendiri… “Melayu mudah lupa”… Atau lebih sesuai Gomez katakan, bahawa “Mahathir sudah lupa”! Tindakan Mahathir yang sangat terdesak ini bukan sahaja memalukan diri sendiri, malah turut memalukan negara. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s