Gosip Kenaikan Harga Gas Memasak Adalah Tidak Benar

Isu berkaitan kenaikan harga barang memang menjadi topik hangat sejak beberapa minggu ini. Media juga turut memainkan peranan menyebarkan berita kenaikan harga untuk tatapan seluruh masyarakat. Namun ada juga media cetak seperti akhbar Cina mengeluarkan cerita palsu mengenai kenaikan harga gas memasak pula.

Sebelum ini tiada pengumuman rasmi bahawa gas memasak akan dinaikan harga. Tetapi berita ini telah tersebar meluas melalui akhbar Cina. Nampaknya propaganda untuk menakutkan rakyat dan mencetuskan ‘panic buying’ akan dilakukan sekali lagi ekoran kenaikan harga gas memasak.

Tidak dinafikan cerita palsu ini mungkin berkaitan dengan macai DAP, mereka dikatakan memungut cerita dongeng ini daripada media bahasa Cina bagi menakutkan orang-orang melayu. Dengan itu, peniaga-peniaga cina boleh memanfaatkan situasi ini kerana ramai pembeli akan mengambil langkah pembelian panik, sekaligus membolehkan mereka mengaut untung besar.

Taktik ini memang sudah menjadi gaya politik puak pembangkang. Sebaran berita palsu ini akan menyebabkan rakyat semakin marah kepada kerajaan, khususnya kepada pemimpin melayu. Berhubung isu ini pihak KPDNKK telah mengesahkan cerita yang dikeluarkan oleh akhbar cina itu adalah palsu.

Justeru, netizen juga perlu mengambil tahu dan menyiasat terlebih dahulu sebelum terpengaruh dengan macai DAP yang mengambil cerita-cerita palsu daripada akhbar Cina. Mereka tidak perlu cepat melatah dan menuduh kerajaan dengan bermacam tuduhan di media sosial, sedangkan cerita kenaikan gas memasak adalah palsu. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s