Syarahan Cikgu Ameen Mengenai Rungutan Orang Ramai Pasal Kenaikan Harga Minyak

Isu yang cukup hangat diperkatakan oleh netizen sekarang ini, ialah tentang kenaikan harga minyak.. Beberapa hari lepas telah diumumkan tentang kenaikan harga minyak 15 sen seliter, perkara tersebut telah membuatkan sesetengah netizen ‘berbunyi’..

Kenaikan ini dikatakan dah membebankan rakyat.. Haa, korang dengar ni nasihat sorang cikgu yang menggunakan gelaran cikgu Ameen.. Tak tahu la cikgu Ameen ni memang kerja sebagai cikgu atau sekadar gelaran..

Baca dan nilai sendiri, bil Astro yang korang dok bayar tiap-tiap bulan tu.. Tiap-tiap bulan korang bayar lebih kurang RM100, padahal waktu korang tengok TV hanya sejam dua je sehari.. Tapi, bila harga minyak naik hanya 15 sen semua orang dah mengamuk..

Kalau korang malas lagi nak baca luahan hati Cikgu Ameen ni, cikgu Ameen pun sempat lagi ajar korang matematik.. Buat kira-kira sikit untuk buka mata orang ramai tentang kenaikan harga minyak..

Iyerlah dok riuh sana sini, yang guna minyak petrol pun dalam sebulan agak-agak guna sampai lebih 1,000 liter ke sebulan??

Habis kuat kalau korang guna motor sebulan isi dalam 20 liter, jumlah yang perlu ditambah hanya RM3.. Kalau setahun jumlah yang dikeluarkan hanya RM36..

Pihak kerajaan dah bagi BR1M pada semua orang anggaran setiap isi rumah RM1,000-RM1,050.. Kalau guna BR1M yang pihak kerajaan bagi untuk bayar harga minyak petrol pun, masih ada baki lagi yang boleh digunakan untuk beli barang keperluan lain..

Sebelum ni, Apple telah melancarkan Iphone baru kat Malaysia, berebut-rebut rakyat Malaysia nak beli.. Bila minyak naik 15 sen mengamuk cakap duit tak ada, duit tak ada beli Iphone ke bang?? – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s