Sultan Perak Bertitah Sejarah Bukannya Ramalan

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Sabtu mengingatkan semua pihak agar belajar daripada sejarah supaya ia dapat mengelak daripada mengulangi sebarang kesilapan lampau.

Titah baginda, sejarah bukannya ramalan tetapi merupakan catatan peristiwa yang telah berlaku berdasarkan fakta, satu rekod yang tepat malah konsisten dan tidak berubah untuk dijadikan sebagai rujukan, teladan serta panduan.

“Mereka yang lupa akan sejarah, akan didera dengan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali dan tidak belajar daripada sejarah merupakan sebesar-besar sejarah pengajaran,” titah baginda.

Baginda juga merujuk kepada kejatuhan peradaban Agung Andalusia dan empayar Melaka selepas ukhuwah dan pentadbiran diserahkan kepada mereka yang kurang bijaksana.

Sultan Nazrin yang dikenali sebagai Sultan berjiwa rakyat bertitah kejatuhan Andalusia tidak berlaku dalam sekelip mata tetapi melalui proses yang panjang dan bibit-bibit kejatuhan bermula sejak pemerintahan Andalusia dijuzuki kepada kerajaan-kerajaan kecil.

Titah Baginda, retaknya Andalusia sebagai sebuah kerajaan adalah disebabkan semangat puak dan sikap fanatik yang tidak menghiraukan pentingnya ukhuwah Islamiah malah menghadapi masalah dalaman, bergaduh dan bercakaran, saling menindas sesama sendiri untuk merebut kuasa khalifah dan penguasaan wilayah.

Sultan Nazrin Shah yang dimasyurkan sebagai Sultan Perak pada tahun 2014 itu turut berkata Melaka jatuh ke tangan Portugis kerana pemimpinnya leka, mengabaikan rakyat, negara dan agama.

“Rasuah berleluasa, sistem cukai yang tinggi yang diperkenalkan, mengakibatkan para pedagang beralih ke pelabuhan lain.

“Perdagangan di Melaka merosot dalam suasana berlakunya perpecahan sesama bangsa, berlakunya perselisihan, pengkhianatan rakyat tempatan dengan dibantu oleh orang luar,” titah Baginda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s