Intan Ladyana Bakal Keluarkan Baju Jenama Sendiri

Dah lama Miss tak dengar cerita pasal pelakon cantik Intan Ladyana.. Miss tengok Intan pun dah lama tak berlakon, semakin menyepi jer pelakon ni dalam industri hiburan.. Gosip-gosip pasal dia pun dah tak ada..

Miss pun ada lah usha-usha kat akaun Instagram Intan, mata Miss tertarik dengan satu status baru yang dimuat naiknya.. Cer u’olls tengok gambar ni dan kapsyen yang ditulis Intan tu.. Rupanya dalam diam-diam pelakon ni bakal melancarkan pakaian jenamanya sendiri..

Amboii Intan.. Nak berniaga pulak ke?? Patut lah lama menyepi jer dari lakonan, rupanya dok sibuk dengan perniagaan baru yer.. Semakin bertambah lah retis-retis mengeluarkan barangan jenama sendiri noh.. Miss tertanya-tanya jugak kenapa Intan nak berniaga??

Sebab dah tak laku ke Intan?? Maklumlah sekarang ni kan pelakon lama terpaksa bersaing dengan retis-retis baru yang berlambak di pasaran.. Miss tengok muka-muka baru jer banyak menghiasi di kaca televisyen sekarang.. Mungkin Intan berasa tergugat, itu sebab terpaksa mencari alternatif lain untuk survive..

Kalau mengharapkan tawaran berlakon 100 peratus, memang susah lah noh.. Yela, tawaran berlakon bukannya selalu datang.. Melainkan lah kalau nama Intan meletop-letop, mungkin masa tu tawaran tak henti-henti masuk.. Betul tak?? Apa-apa pun yang dijual oleh Intan, selamat maju jaya lah Miss ucapkan yer.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s