Belum Ditayangkan Tapi Filem Terbaru Upin Ipin Sudah Mendapat Tempahan Antarabangsa

Filem animasi popular Upin Ipin memang sangat terkenal.. Bukan saja di Malaysia, malah turut menempa nama dia beberapa negara Asean.. Sesetengah orang dewasa pun terpengaruh menonton filem animasi berkenaan kerana kecomelan watak-watak yang diperkenalkan.. Hihihi..

Terbaru, Miss dengar selepas kejayaan memberangsangkan sebelum ni, filem animasi terbaru Upin Ipin Jeng Jeng Jeng dikatakan sudah ditempah negara timur tengah u’olls.. Whoaaa.. Terbaik lah beb! Bukannya senang nak menembusi pasaran negara luar..

Kalau u’olls nak tahu, filem animasi terbaru Upin Ipin Jeng Jeng Jeng adalah filem usahasama Les’ Copaque Production dan KRU studio.. Penerbit Datuk Norman Abdul Halim mengatakan, filem ni telah ditempah di negara timur tengah, tapi masih dalam proses perbincangan bersama pengedar di sana..

Norman mengharapkan akan mendapatkan lagi lebih banyak pengedaran di negara-negara lain agar industri filem animasi tempatan akan mendapat perhatian penonton luar negara.. Sekali gus akan menaikkan filem animasi tempatan setaraf dengan karya antarabangsa..

Tak silap Miss filem terbaru Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni akan ditayangkan pada 24 November depan.. Menarik perhatian lagi, bila filem ni dikatakan akan merealisasikan impian kanak-kanak untuk melihat cerita Upin dan Ipin yang dilakonkan di alam nyata..

Selain watak Upin dan Ipin, filem ni turut dibintangi pelakon-pelakon seperti Puteri Balqis, Awie, Sarah Ali, Gambit dan Remy Ishak.. Macam gempak jer filem terbaru Upin dan Ipin ni u’olls’!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s