430,000 Guru Masih Belum Daftar Mengundi

Kementerian Pendidikan mengenal pasti sejumlah warga pendidik daripada keseluruhan 430,000 golongan itu di seluruh negara yang belum mendaftar sebagai pengundi.

Tanpa menyatakan secara terperinci jumlah itu, Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata beliau menerima laporan mengenai bilangan guru yang belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut daerah.

“Jumlahnya saya tidak dapat umumkan lagi, nanti di lain hari saya beritahu. Ini tanggungjawab kepada negara. Sebagai warga negara kita mempunyai tanggungjawab dan salah satunya menjadi pengundi apabila tiba pilihan raya,” katanya.

Justeru, Mahdzir menasihati guru-guru yang belum mendaftar sebagai pengundi agar segera berbuat demikian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Guru Bersama Masyarakat: Guru Pembina Negara Bangsa peringkat Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad dan Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s