Selepas 15 tahun, MBPP Robohkan Gerai Di Paya Terubong

 

1

Nasib peniaga kecil di P.Pinang makin tertindas dibawah kerajaan DAP negeri, apabila satu persatu tempat mereka mencari rezeki dirobohkan. Yang terbaru ialah gerai-gerai peniaga di Paya Terubong yang bertapak disitu hampir 15 tahun.

Walaupun tapak perniagaan dikawasan tersebut tidak menganggu lalulintas atau ketenteraman awam, ia masih juga menjadi sasaran untuk dirobohkan oleh pihak majlis bandaran.

Alasan yang diberikan oleh pihak terbabit bagi meruntuhkan tapak perniagaan ialah, tiada lesen dikeluarkan untuk peniaga-peniaga disitu menjalankan sebarang aktiviti perniagaan.

Inilah realiti yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil di negeri ini. Terbukti nasib mereka dibawah pemerintahan DAP, menjadi semakin teruk serta tertekan.

Jika dibawah pentadbiran Barisan Nasional dulu mereka bebas melakukan perniagaan tanpa sebarang gangguan, kini segalanya berubah dibawah kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng.

Alasan demi alasan dibuat oleh pihak kerajaan negeri serta agensi mereka didalam menafikan peniaga-peniaga kecil menambahkan pendapatan harian.

Ini membuktikan bahawa kerajaan DAP sebenarnya bukan mahu menjaga kebajikan seluruh rakyat, sebaliknya mereka mahu menghancurkan kehidupan rakyat khususnya golongan peniaga kecil.

Sebelum ini bukan main lagi DAP melaung-laungkan mahu menjadikan P.Pinang makmur dan rakyat P.Pinang akan dijaga kebajikannya, tetapi indah khabar dari rupa.

Mungkin polisi kerajaan DAP negeri ialah mahu menghapuskan semua perniagaan yang dilakukan oleh peniaga-peniaga kecil, selain dari menghapuskan kampung-kampung tradisonal?

Itu belum lagi dicampur dengan penerokaan hutan simpan dan tanah bukit secara keterlaluan sehingga mengakibatkan banjir kilat yang melanda seluruh pulau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s