Jangan Gunakan Ayat ‘Mahu Berubah’ Untuk Menghancurkan Negara

8a-copy

Jangan memperjudikan keamanan negara yang dikecapi selama 59 tahun ini hanya kerana mahu memenuhi agenda peribadi pembangkang… Jangan menggunakan ayat ‘mahu berubah’ bagi membawa perubahan dalam sistem pilihan raya sedia ada.

Semua tu tipu je!! Negara yang aman ini tak pernah timbul soal ketidaktelusan dalam sistem pilihan raya. Pembangkang hanya menggunakan ayat ‘mahu berubah’ untuk menghancurkan keamanan negara. Dorang sengaja mahu memporak-perandakan negara agar ia hancur.

Sangat tak patut bila keamanan negara yang dipelihara selama 59 tahun ini dihancurkan begitu sahaja, hanya kerana mahu memenuhi keinginan pembangkang. Timbulkan kekecohan melalui himpunan Bersih 5 yang bakal diadakan kelak, dilihat sebagai satu tindakan melampau. Negara sudah lama aman… Kenapa perlu adakan demonstrasi jalanan dan rusuhan bagi menggugat keamanan??

Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Selangor, Md. Yusop Abd. Majid menyeru agar perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November ini segera dihentikan. Walaupun kononnya ia bakal membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.

Itu semua hanya wayang dan halwa telinga rakyat agar mereka mudah terpengaruh dan sertai himpunan tersebut. Dah la himpunan tu penuh dengan kuasa asing… Kehadiran kuasa asing tu sebenarnya nak hancurkan negara kita.

Nak kucar-kacirkan sistem pilihan raya… Hancurkan kerajaan… Musnahkan hak istimewa pribumi… Mahu jadikan orang Melayu mengemis di bumi sendiri. Itu sebenarnya tujuan himpunan Bersih ni! Bukan tu je, dorang ni jugak nak runtuhkan ekonomi negara!

Kalau tidak, takde nya Bersih tu nak dapat dana dari kuasa asing yang memang terkenal dengan kekejaman dan kejahatannya yang mahu memusnahkan hidup orang Islam. Bersih sebenarnya menerima dana dari Open Society Foundation (OSF) milik George Soros.

Sejarah George Soros ni sebenarnya sangat terkenal dengan usaha menjahanamkan ekonomi negara Islam… Bukan tu je, Soros ni memang suka menghancurkan negara orang lain. Jadi korang nak ke Malaysia ni hancur sebab Bersih?? – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s