Guan Eng Beri Duit Pada Mangsa Bunuh Diri, Tapi Mangsa Banjir Diabaikan

2

Antara mangsa banjir dan juga orang yang terjun membunuh diri di jambatan kerana takut dipenjara, yang mana satukah agaknya lebih utama di mata Guan Eng?

Adakah yang membunuh diri itu lebih utama bagi Guan Eng kerana dia menentang kerajaan dan mampu dijadikan ‘mileage politik’ untuk menghasut rakyat?

Ataupun yang sengsara akibat dilanda musibah banjir kilat, akibat dari kerakusan kerajaan DAP negeri meneroka alam sekitar, serta menjalankan pembangunan secara tak terkawal itu lebih patut diutamakan?

Jika jawapannya keutamaan kepada mangsa banjir, kenapa orang yang sengaja membunuh diri diberikan duit bantuan oleh Ketua Menteri sedangkan mangsa banjir dibiarkan merana tanpa sebarang pampasan?

Ini sebenarnya merupakan satu penghinaan terhadap mangsa banjir kilat di negeri ini, apabila kepentingan mereka telah diabaikan dan diletakkan jauh lebih rendah dari mangsa bunuh diri.

Menurut satu laporan portal pro pembangkang, keluarga mangsa bunuh diri yang terjun dari jambatan kedua P.Pinang, menerima sumbangan Rm 1000 dari Ketua Menteri.

Sewajarnya mangsa banjir kilat juga menerima sumbangan berkenaan bagi meringankan beban yang mereka tanggung selepas kehilangan harta benda didalam bencana terbabit.

Tidak adil langsung jika Ketua Menteri DAP P.Pinang hanya memikirkan kepentingan politik sahaja tanpa memikirkan nasib penduduk setempat yang lainnya.

Adakah bantuan kepada mangsa banjir tidak diberikan kerana ia difikirkan tidak membawa apa-apa keuntungan kepada Setiausaha Agung DAP tersebut?

Ataupun mereka sengaja mahu memejamkam mata terhadap segala kemusnahan yang mereka lakukan terhadap rakyat negeri ini? Jika benar, ia merupakan perkara yang sangat memalukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s