Episod Terakhir Gary Untuk Running Man Akan Buat Peminat Menangis

Sejak berita Kang Gary bakal meninggalkan program realiti hiburan popular Running Man, ramai peminat program realiti hiburan tersebut dalam kesedihan dan tak boleh terima kenyataan sampai sekarang.. Bukan setakat para peminat sedih, malah ahli-ahli Running Man lain turut bersedih..

Terbaru, Miss dengar episod terakhir Gary dalam Running Man akan ditayangkan dengan penuh dramatik dan menyedihkan.. Seorang kru SBS telah menyebarkan informasi sikit, macam mana episod terakhir Gary nanti.. Ecxited pulak Miss nak tengok! Hihihi..

Episod terakhir akan dilakukan istimewa untuk Gary.. Episod tu tak akan dimeriahkan dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan seperti episod sebelum ini.. Kru program realiti tersebut mengatakan episod terakhir ini ingin dijadikan kenangan indah bersama ahli-ahli lain dan staff Running Man saja..

Apa yang lagi nenarik, misi episod terakhir ini dikatakan akan didedikasikan khusus untuk Gary dengan tema ’77.000 Km’.. Tema tu dikatakan sesuai dengan jumlah jarak yang ditempuh Gary selama tujuh tahun bersama Running Man..

Jadi, u’olls nantikan lah episod terakhir Gary bersama Running Man.. Episod ni akan menjadi episod paling menyedihkan dalam Running man.. Miss rasa pasti akan ramai peminat program realiti hiburan tersebut akan menangis punya lah.. Sedih lah katakan.. Hihhihi.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s