DAP Tidak Percaya Dengan Sikap Keterbukaan PAS

DAP Selangor dikatakan langsung tidak percaya dengan sikap keterbukaan yang ditunjukkan oleh PAS pada ketika ini. Malah DAP Selangor turut curiga dengan persetujuan PAS yang mahu membentuk pertembungan 1 lawan 1 menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU14..

Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim menganggap bahawa PAS selama ini hanya berpura-pura mahu menjalinkan hubungan dengan Pakatan Harapan… Hal ini kerana dalam pemerhatian DAP… Jawapan yang diberikan PAS masih lagi samar-samar.

Oleh itu jika PAS main-main dan tidak serius mengenai perkara tersebut… Jadi DAP jugak bakal bertindak sedemikian. Walaubagaimanapun sekarang ini DAP tidak menganggap keputusan PAS itu sebagai sesuatu yang serius dan waras.

Nampaknya DAP ragu-ragu dan masih tak percaya dengan keputusan PAS… Mungkin PAS hanya mahu mempermainkan DAP atau sekadar mahu membalas dendam?? Sebab tu DAP tak pasti keterbukaan PAS ni betul ke tak.

Chang berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya PAS sudah lama buka pintu untuk berbincang.. Iyela… PAS memang sedia berbincang, tapi amarannya jangan buat kacau dalam rumah PAS.. Mungkin DAP ragu-ragu sebab DAP tak mampu nak ikut syarat yang diletakkan PAS tu kot.

Biasa la kalau tak timbulkan kekecohan dan dan cari pasal sesama pakatan sendiri, bukan DAP la namanya… Tambah pula DAP dah ada sejarah bergaduh dengan PAS.. Memang susah la nak percayakan lagi. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s