DAP Tak Perlu Ugut PAS Untuk Ikut Demonstrasi Bersih 5

3

PAS akan tetap dengan pendirian tak akan menyertai demonstrasi Bersih 5, biarpun di tuduh dengan pelbagai macam fitnah oleh penyokong Pakatan khususnya DAP. Jika PAS mahu berkerjasama dengan UMNO sekalipun, itu bukan urusan DAP untuk menentukannya.

Itu jawapan kepada seorang Ahli Parlimen DAP Taiping yang menuduh sebarang alasan untuk PAS tidak menyertai Bersih 5, boleh dianggap ingin bersekongkol dengan UMNO dan melalui tindakan tersebut rakyat akan ketahui agenda sebenar parti itu.

Ini merupakan kesimpulan haprak dari DAP, walhal Mursyidul Am dan Presiden PAS sudahpun menyatakan syarat PAS untuk berkerjasama dengan pembangkang.

Sebenarnya DAP sekarang ini sangat berusaha untuk memancing PAS menerima mereka semula tanpa sebarang syarat, mahu PAS sertai Bersih 5.0 yang dah tak bersih, bukan mahu membetulkan Bersih supaya benar-benar bersih.

Awal-awal lagi mereka dah buat kesimpulan, itulah perangai mereka yang tidak akan memungkinkan mana-mana kerja sama dengan PAS.

Tambahan dengan kenyataan terbaru dari Nizar Jamaludin yang menyatakan kesediaan partinya PAN bertanding di beberapa kerusi tradisi PAS, dan juga mahu PAS akur dengan keputusan itu dan kalau tidak PAS akan dianggap mengkianati pembangkang dan mahu menyelamatkan UMNO.

Nizar terbukti hanya bermimpi. Mana mungkin parti pengkianat disandarkan untuk menumpaskan kerajaan? Mana boleh parti yang wujud terdiri dari orang-orang yang derhaka pada perjuangan Islam disandarkan untuk mentadbir?

Pembangkang cuma ada satu matlamat, yakni menumpaskan UMNO tanpa diperincikan apa yang kerajaan mereka akan lakukan bila ambil alih nanti.

Adakah mereka nak hapuskan GST atau nak teruskan GST? Apakah mereka nak turunkan harga minyak dan nak mengembalikan subsidi minyak masak? Dan apakah mereka mahu bagi minyak petrol percuma kepada rakyat menggunakan hasil Petronas? Semuanya tak tahu lagi.

Yang kita dengar sekarang, ialah kutukan kaw-kaw kepada Najib dan UMNO kerana gagal mejadi kerajaan yang prihatin, tapi bagaimana pembangkang nak jadi kerajaan prihatin bila ambil alih tak pula dijelaskan kepada rakyat.

Yang dijelaskan kepada rakyat ialah, bahawa sekiranya PAS enggan bekerjasama, PAS dianggap nak tolong UMNO dan mengkianati perjuangan pembangkang? Mana sebenarnya hala tuju perjuangan pembangkang?

Dan yang terlebih penting, di mana pembangkang mahu letakkan Islam yang sinonim dengan orang melayu didalam PAS kalau berjaya bentuk kerajaan?

Bagaimana pembangkang yang diketuai DAP mahu undang-undang Islam syumul didalam negara, jika pindaan RUU 355 pun mereka bantah. Semuanya tidak sepatah pun disebut DAP kerana semuannya fokus hanya nak tumpaskan UMNO.

Tetapi PAS berpijak di bumi nyata, kalau tiada parti pembangkang mahu mengangkat Islam ke atas, PAS berlepas tangan dari bekerjasama dengan mereka dan dalam masa yang sama PAS dengan sikap rasional menyedari tidak akan mampu membentuk kerajaan secara sendiri

Jadi mungkin pilihan yang baik untuk Islam ialah mengekalkan kerajaan UMNO yang dikatakan semakin lemah ini serta menguatkan ukhwah Islam dikalangan bangsa melayu didalam negara.

Paling tidak pun UMNO tidak akan halang mana-mana ibadat persendirian di masjid-masjid, di bulan Ramadan dan di bulan-bulan haji. Itu kita sudah tahu tapi apabila pembangkang ambil alih, belum tentu, bayangkan kalau sekarang pun berkuasa di 2 negeri, sudah ada komplen pasal speaker masjid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s