Angkara Siapakah Sebenarnya Bebanan Yang Ditanggung DS Najib Dan Rakyat Malaysia Waktu ini Dan Mungkin Selama lamanya??

Malaysia Najib Razak

Pada Oktober 2010, Najib telah mengarahkan Khazanah Nasional untuk membeli semula pengendali lebuhraya tol terbesar di negara ini – Lebuhraya Plus daripada syarikat kroni Tun Mahathir dan kini, 51% dimiliki Kementerian Kewangan dan 49% dipegang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Maka apa jua kenaikan pada kadar tol akan dikembalikan kepada kerajaan dan rakyat dan BUKAN LAGI masuk ke poket syarikat persendirian yang terdiri daripada kroni Tun Mahathir.

Melalui pembelian ini, kerajaan boleh melakukan rundingan semula dan menghalang kenaikan kadar tol tanpa membayar pampasan, sekaligus menghentikan kenaikan tol pada semua lebuhraya Plus ini.

Walaupun masalah perjanjian berat sebelah terbesar berjaya diselesaikan Najib bagi mengurangkan beban rakyat, masih terdapat sedozen lagi pengendali lebuhraya dengan perjanjian berat sebelah yang tidak diselesaikan lagi, terima kasih kepada Tun Mahathir dan kabinetnya yang ‘bodoh’ kerana tidak memahami atau membaca dengan teliti perjanjian konsesi tol sebelum memeterainya.

Bagi persoalan Tun Mahathir mengenai China menjamin keluar 1MDB dengan membeli Edra, negara yang kononnya ‘menjamin keluar’ 1MDB Edra adalah negara yang sama menjamin keluar Perwaja Steel pada zaman Tun Mahathir.

Tiada siapa pun merungut apabila ‘sektor strategik’ syarikat keluli negara dijamin keluar oleh China pada Julai lalu? Tun Mahathir pun tiba-tiba berdiam diri.

Atau adakah anda mahu katakan keluli bukan sektor strategik? Jika tidak, mengapa mengeluarkan wang berpuluh bilion ringgit membinanya pada zaman Tun Mahathir dan berterusan menjamin keluar dari masa ke semasa?

Pada kes Edra, sekurang-kurangnya kerajaan memperolehi semula wangnya. Pada kes Perwaja pula, kesemua puluhan bilion Ringgit, ‘habuk pun tak ada’, tak pernah dapat semula.

Jika 1MDB tidak menjual, anda akan katakan hutang 1MDB terlalu banyak dan RM42 bilion lesap. Jika 1MDB jual pada harga murah, anda akan katakan 1MDB bodoh dan rugi banyak wang. Jika 1MDB jual pada harga mahal, anda akan katakan ‘ada udang disebalik batu.’ Jika 1MDB jual pada syarikat milik kerajaan, anda akan kata ‘ini bail-out’.
Jika 1MDB jual pada syarikat asing, anda akan kata ‘oh ini jual negara.’

Bagi mengelak rungutan terlalu banyak, mungkin Tun Mahathir, Rafizi dan Tony patut beritahu dan umumkan pada dunia, hendak jual atau tidak, dijual pada harga apa dan dijual pada siapa, atau mungkin jual balik kepada Genting, YTL dan Ananda Krishnan.

Dan selepas itu, 1MDB patut ikut sahaja apa jua arahan bodoh mereka dan tidak perlu lebih bijak seperti memaksimakan nilai aset melalui penawaran tender terbuka antarabangsa.

Sebenarnya, jika Tun Mahathir masih lagi Perdana Menteri, kita belum tentu berpeluang berbicara sama ada 1MDB peroleh pendapatan, rugi atau balik modal bagi penjualan Edra. Berdasarkan rekod Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri, IPP Edra akan memiliki perjanjian sampai kiamat, semuanya dengan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke poket kroni, kadar berganda dan menekan rakyat.

Beratnya ujian tuhan keatas rakyat Malaysia yang telah dikurniakan pemimpin salah selama 22 tahun memerintah Malaysia.

Rakyat waktu ini menyumpah seranah orang yang salah dan memuja orang yang salah bermula dari kini sehinggalah kematiannya.

Terlalu sukar untuk rakyat fahami apa yang berlaku jika sudah dipengaruhi penyebar fitnah, kecualilah anda individu waras yang memerhati dan menilai perjalanan asalnya dari sumber yang betul dengan niat untuk mencari kebenaran. – BeruangBiru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s