Analisa Isu Rasionalisasi Subsidi Minyak Masak

4

Penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak yang berkuat kuasa 1 November ini menyaksikan harga minyak masak bersubsidi bagi paket satu kilogram (kg) kekal pada harga RM2.50.

Bagi minyak masak lebih daripada satu kilogram, harganya akan ditentukan mengikut harga pasaran.

Untuk makluman Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 September 2016 telah bersetuju supaya KPDNKK mengambil alih pengurusan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (Cooking Oil Stabilization Scheme-COSS) dari Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) bermula 1 November 2016.

Mengikut pengiraan penggunaan minyak masak oleh 30 juta rakyat Malaysia dianggarkan 45,000 metrik tan sebulan.

Ini menunjukkan anggaran penggunaan minyak masak bagi setiap seorang adalah 1.5kg atau 45,000 (metrik tan) sebulan (penggunaan rakyat Malaysia).

Kuota yang kerajaan keluarkan melebihi 45,000 (metrik tan). Sepatutnya ia mencukupi untuk semua.

Namun, kerajaan telah mengeluarkan subsidi minyak masak hampir 85,000 metrik tan sebulan. Ini menunjukkan sekali ganda berbanding penggunaan rakyat Malaysia.

Mengapa pengstrukturan dilaksanakan?

Sepanjang tahun 2012 harga minyak sawit turun dan kekal pada paras di bawah RM2,500 setan seiringan dengan itu peruntukan perbelanjaan untuk COSS juga berkurang dari 2012 hingga 2014 dan kemudiannya meningkat semula pada tahun 2015.

Pada Januari 2015, harga olien ialah RM2,341 setiap tan, namun kini ia mencecah RM3,000, peningkatan sebanyak RM600 bagi setiap tan.

Berikutan kenaikan harga olien tersebut, kerajaan terpaksa menambah perbelanjaan hampir RM100 juta sebulan untuk menanggung subsidi minyak masak bagi November dan Disember 2016.

Sejak 2010 kerajaan telah memperuntukkan secara purata RM1.05 billion untuk COSS bagi menampung subsidi minyak masak untuk pengguna melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Justeru, kerajaan mengambil langkah penjimatan subsidi minyak masak bukan bertujuan untuk membebankan rakyat. Sebaliknya, ia merupakan usaha kerajaan bagi menghalang aktiviti penyeludupan yang telah mengaut keuntungan daripada subsidi kerajaan dan sekaligus menyelamatkan berjuta-juta ringgit peruntukan subsidi kerajaan dalam memastikan golongan berpendapatan rendah tidak terbeban.

Penjimatan yang diperolehi melalui pengurangan subsidi ini juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang disalurkan kepada sektor-sektor tertentu seperti sektor kesihatan dan pendidikan yang perlu diberikan perhatian.

Penjimatan ini juga akan membantu meningkatkan hasil perolehan kerajaan.

Kerajaan memandang serius sekiranya terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah berlaku.

Tindakan akan diambil ke atas industri kerana mengambil keuntungan yang berlebihan dan masih tertakluk pada Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Pengguna juga disaran supaya menjadi ‘mata dan telinga’ kementerian melalui ‘Friends Of KPDNKK’ bagi memastikan tiada peniaga yang menaikkan harga minyak masak sesuka hati dengan melapor terus ke Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Khas (PIGOS) di talian 1800 886 800.

(Analisa PTTK YBM Dato’ Seri Hamzah Zainudin)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s