Siti Elizad Tangguh Hasrat Untuk Hamil Kerana Kontrak Lakonan

Pelakon yang popular menerusi drama Teman Lelaki Upahan, Siti Elizad, baru-baru ni Miss dengar pelakon ni telah mengeluarkan single pertamanya yang berjudul ‘Haiyaya’.. Maknanya pelakon ni telah bergelar penyanyi lah yer..

Miss dengar lagu ‘Haiyaya’ tu boleh tahan jugak lah u’olls.. Not bad! U’oll kalau nak dengar lagu Elizad, boleh lah cari di Youtube.. Dah ada klip videonya.. Tapi Miss bukannya nak menceritakan pasal karier Elizad sebagai penyanyi pun..

Terbaru, Miss dengar Elizad menangguhkan hasrat untuk memiliki zuriat kerana terikat dengan beberapa kontrak lakonan.. Kononnya disebabkan tu lah dia ambil keputusan untuk tangguhkan kehamilan beliau.. Inilah susahnya jadi retis, terikat dengan macam-macam sampaikan nak mengandung pun kena bersyarat bagai..

Miss rasa Elizad pun dah dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Shamsul Baharin.. Tak kan Elizad tak teringin nak memiliki zuriat kot?? Lagipun umur dia bukannya muda lagi, dah masuk masok 30-an..

Bila ditanyakan kepada tuan empunya badan tentang perkara ni.. Elizad memberitahu bukannya dia tak nak ada anak, tapi disebabkan kontrak lakonan.. Beliau terpaksa pendamkan hasratnya untuk mengandung.. Kononnya si suami pun faham dengan kerjaya Elizad dan tak mendesak.. Lagi satu, si suami pun dah memiliki dua orang anak dari hasil perkahwinan sebelum ni..

Yeke faham?? Luar jer kata faham tu, tapi dalam hati siapa tahu kan.. Jangan sampai suami cari lain sudah lah yer Elizad.. Hihihi.. Macam mana pun kalau ada rezeki dan ketentuan daripada Tuhan tak boleh kita jangka, ataupun menghalangnya bukan?? – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s