Shahrukh Khan Dan Salman Khan Kembali Bergandingan Didalam Satu Filem

Dua nama pelakon popular Bollywood, iaitu Shahrukh Khan dan Salman Khan memang dah dikenali ramai.. Dorang dah lama tak berlakon bersama.. Sekarang ni Miss dengar, dorang akan kembali bergandingan di dalam satu filem yang diarahkan oleh Kabir Khan.. Filem tu bakal ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri 2017..

Dua pelakon ni bukannya tak pernah digandingkan bersama pun u’olls.. Shahrukh Khan dan Salman Khan pernah beberapa kali digandingkan di dalam filem yang sama.. Antaranya tu adalah Karan Arjun, Har Dil Jo Pyar dan Om Shanti Om..

Tapi yang menariknya, dorang ni dah sembilan tahun tak berlakon sama.. Miss dengar watak yang akan dibawakan oleh Shahrukh Khan kali ni, lain dari lakonannya sebelum ni.. Macam menarik jer u’olls!

Bila ditanyakan kepada Shahrukh Khan mengenai gandingannya bersama Salman Khan kali ni.. Dia mengatakan yang dia merasakan gembira dan terbuka bergandingan bersama Salman Khan.. Mesti lebih menarik kan filem baru ni nanti..

Filem sebelum ni pun dah gempak, apatah lagi yang baru.. Lagipun kedua-duanya telah bergelar pelakon professional dan hebat dalam industri hiburan.. So, Miss rasa mesti tak ada masalah untuk dorang membawa watak yang diberikan dengan baik.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s