Rozita Che Wan Dilarang Keluar Negara Kerana Ada Tunggakan Cukai

Nama pelakon dan ahli perniagaan terkenal Rozita Che Wan, atau lebih popular dengan gelaran Che Ta kini menjadi bualan hangat gara-gara hajat beliau mahu menyambut hari lahir anak bongsunya di London tidak kesampaian..

Che Ta berhajat mahu menyambut hari jadi Aaisyah Dhia Rana di London.. Tapi semua tu tak kesampaian kerana Che Ta ada masalah cukai tertunggak..

Aikks.. Lagi sekali ke Che Ta?? Miss rasa sebelum ni pun Che Ta tak boleh ke luar negara kerana masalah yang sama.. Tak akan tak selesai lagi kot?? Kata kaya tapi tak kan tak boleh bayar cukai.. Miss tengok kerap jer melancong ke luar negara, baru-baru ni pun Che Ta sekeluarga baru balik dari Greece..

Lepas tu, Che Ta pernah memberitahu yang dia setiap hari dok tukar pakai baju baru.. Kononnya tak akan pakai baju yang sama berulang-kali.. Maklum lah orang duit banyak! Tapi yang Miss tak faham, kenapa cukai pun tak boleh bayar ek.. Menunjuk kekayaan yang dimiliki secara terbuka bukan main lagi, tapi tak kan cukai pun tak mampu nak bayar..

Miss dengar segala persiapan dan lokasi untuk menyambut hari lahir anak bongsunya di London sudah ditempah u’olls.. Tapi sayangnya Che Ta tak dapat meraikan hari istimewa anaknya itu kerana masalah cukai yang beliau hadapi..

Semua rancangan tu musnah… Terpaksa lah Che Ta menyambut hari lahir anak bongsunya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.. Kata tak ada duit nak bayar cukai, lepas tu dok sambut kat hotel mewah-mewah lagi.. Che Ta takut jatuh standard lah tu!

Miss dengar Che Ta perlu melangsaikan sejumlah tunggakan yang besar kalau dia ingin ke luar negara.. Yang menariknya, Che Ta cakap dia tak mampu nak bayar buat masa sekarang, walaupun nak bayar separuh pun tak mampu..

Itu lah boros sangat! Benda penting yang perlu diutamakan, diabaikan pulak! Kalau niatnya nak lari daripada tanggungjawab, tak akan boleh punya lah Che Ta oiii.. Negara ni ada undang-undang, kalau dah salah tetap salah yer!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s