PAS Sanggup Diperbodohkan Lagi Oleh Pakatan Harapan

pas-sanggup

Baru-baru ini PAS telah bersetuju untuk membuka pintu perbincangan untuk rakan pembangkang yang lain. Tetapi PAS telah meletakkan syarat bahawa rakan pembangkang tidak boleh mencampuri urusan dalaman parti Islam tersebut.. Boleh jadi dalam pilihan raya akan datang juga, rakan pembangkang tidak boleh mengatur semua kerusi yang bakal ditandingi mereka.

Sebelum ini pemimpin PAS mendakwa mereka tidak kisah, walaupun dikencing sekali lagi dengan rakan pembangkang khususnya Pakatan Harapan. Nampaknya pemimpin parti Islam tidak kisah untuk menjatuhkan maruah parti sehingga sanggup dibodohkan sekali lagi oleh rakan pembangkang, sekiranya mereka bersatu pada PRU14.

Kenyataan pemimpin PAS ini mencerminkan mereka tidak layak untuk menjadi pemimpin sekiranya rela diperbodohkan sekali lagi demi kepentingan orang lain. Sekiranya sikap pemimpin PAS seperti itu, negara tidak mungkin dapat membangun dan rakyat akan sentiasa mundur dengan pentadbiran jumud.

Agaknya PAS belum serik apabila dijadikan sebagai hamba, ada juga pemimpin PAS yang tidak hairan sekiranya rakan pembangkang memperbodohkan mereka. Seharusnya sebagai seorang pemimpin, mereka perlu yakin dengan agenda parti.., bukannya sanggup dikencing beberapa kali semata-mata ingin kekal sebagai parti politik.

Masyarakat juga tidak memerlukan pemimpin yang tidak berani seperti barisan pemimpin PAS. Jelas tindakan mereka telah menyedarkan rakyat bahawa pemimpin PAS tidak berupaya untuk mentadbir kerajaan, sekiranya pemimpin mereka lembab untuk bertindak dan sering dipergunakan untuk kepentingan orang lain. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s